Ahad, 11 September 2011

Hamba si peminta yang hina...

Bismillah...

Ya Allah Maha mendengar lagi Maha melihat

keyakinan aku punya tahap tersendiri

aku mungkin tidak berani menyahut cabaran terlalu tinggi

aku juga bukan yang bercita-cita besar

fantasi minda sendiri tidak terjangkau dek melampau

usaha, diri sendiri usaha termampu

amat sederhana hidup yang diimpi

ringkas, sedikit aja permintaan aku untuk sekeliling isi bumi

tapiiii..untuk kehidupan selesa di sana dengan menjaga hubungan sesama isi..

Ya Allah

permintaan kepada-Mu tidak terhingga

memang tinggi

usaha tidak berbelah bahagi boleh aku beri..(dengan izin Kamu)

kepercayaan tahap maksima aku serahkan

cita-cita aku memang besar untuk ini

ini kerana aku terlalu yakin:

yakin aku menjalankan tugas meminta

minta Engkau berikan,

peranan aku berusaha

terima apa Engkau tentukan.


p/s: insan bernama kekasih by unic keudara...:)

-ingat dia untuk Dia