Khamis, 21 November 2013

Kerana Allah

Bismillah..

Ingatkan aku...
buka mata melihat apa saja kerana-Mu
melangkah berjalan ke mana saja kerana-Mu
menggapai, menulis, memberi hanya kerana-Mu
melihat, menangis kerana-Mu
mencurahkan kasih kerana-Mu
berfikir bertindak meluahkan hasil kerana-Mu..

Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara;

1. Percakapan, tiap-tipa percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia

2. Diam, tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan Allah adalah leka

3. Pandangan, tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai

4. Gerak, tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan perhambaan adalah kosong

>Saiyidina Ali bin Abi Talib<

Subahanallah..moga segala yang aku lakukan di dunia hanya kerana-Mu, Ya Allah.