Khamis, 28 Jun 2012

cerialah wahai hati-hati

Bismillahirrahmanirrahim

..diam tak bermaksud dah xmau tulis, cumaaaaa...malas nak mencelah masa...huhu...apada!!
Alhamdulillah skrg nak mencurinya. Kali ni teringin nak kongsi bab..kita meminta DIA pasti memberi. Maka ceria la wahai hati-hati..hehe..okey2 kita serius..

Manusia secara fitrahnya mempunyai sifat tidak tenang, perasaan ingin meminta dan memerlukan tempat untuk bergantung. Dari sini setiap kali ada masalah atau di duga, pasti Allah S.W.T yang dicari. Dan kita sebagai hamba kena berusaha dan yakin apa yang kita minta pasti kan dimakbulkan. Dan biasanya, setiap doa yang kita pohon kepada Allah dimakbulkan dengan tiga pemberian oleh-Nya;

Pertama, Allah menganugerahkan ketenangan jiwa kepada si pemohon. Dengan ketenangan ini sesuatu perkara dapat dilakukan dengan baik. Berdoa lah kepada Allah, nescaya ketenangan kan diperolehi dalam diri walau hanya sedikit. Yakin k.

Kedua, lepas hadirnya rasa tenang dalam diri Allah mengilhamkan kepada pemohon jalan-jalan usaha dan jalan-jalan keluar untuk menyelesaikan masalah itu dengan usahanya. Dan Allah permudahkan setiap jalan keluar dan usaha si pemohon. Dan

Ketiga, kejayaan yang Allah anugerahkan kepada si pemohon doa hasil usaha bagi setiap jalan yang Allah ilhamkan kepadanya. Bila kita berusaha, insya-Allah kejayaan menjadi milik kita. Setiap masalah dapat diselesaikan dan setiap apa yang dihajati insya-Allah diperolehi.   

Ringkasnya, jangan putus asa untuk meminta. Dia pasti ada!! Sebenarnya ini antara isi di dalam 'Syahadah Gadis Ateis'. Cuma olahan tukar sikit,ikut ayat sendiri. Belum habis, masih dok baca teringin nak berkongsi..heee..banyak lagi sebenarnya isi2 yang bermanfaat. Sapa nak tau lebih, kena la cari dan beli sendiri..:)



 

Rabu, 27 Jun 2012

mencintai-Mu lebih daripada yang lain

Bismillahirahmanirrahim...



Macam biasa, seringkas mungkin nak kongsi (sy mmg la tersngt malas nk berpanjangn..*_*) apa yg dirasa. Kita kadang-kadang terleka. Bahkan ada yang terhanyut terus. Segenapnya (dunia) sering mengheret yang lemah (termasuk hamba) ke suatu lembah..lembah kelalaian di mana kita terlalu mencintai dan menghargai yang dicipta berbanding PENCIPTA. Ya, mungkin kadang-kadang kita tak sedar..tapi bila tersedar cepat2 la minta keampunan. Moga apa yang kita lakukan mendapat keredhaan-Nya. insya-Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Dan barang siapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."
(Al-Munafiqun : 9)

Ya Allah, jauhi kami daripada terlalu memikir akan keduniaan. Ya Rab Maha mendengar lagi Maha melihat, berikan kami kekusyukan terutama ketika mengharap pengakhiran..amin. Aku mencintai kamu2 kerana Allah. insya-Allah.