Rabu, 12 September 2012

women in the house..

Bismillahirahmanirrahim...

Sekali dengar rasa n tumpang risau, tapi bila dah dua cerita sama yang keluar mula timbul prihatin. Cerita apa iya? Wanita dan kesihatan, ya..nak tulis berkaitan kesihatan pula kali ni. Khusus berkaitan alahan sebelum dan semasa 'datang bulan'. Alahan normal yang selalu kita(women ja tau) dengar atau diri sendiri rasa, mungkin sengugut, lenguh-lenguh pinggang/ tulang belakang n rasa sakit di bahagia brest. Berbeza dengan dua cerita kawan-kawan saya yang agak luar biasa dan boleh mendatangkan bahaya;

Kisah satu, rakan niaga..
Akak ni selsema..merah padam muka dia, berair ja mata. Nak sembang pun macam letih ja. Kesian ak tengok. Tanya dia "akak kenapa? sehari dua ni sya tengok macam tak sihat ja."..Dia jawab.."owh..akak memang macam ni. Tanda nak mai bulan". Owh..ok.."Memang macam ni ka setiap kali...teruk ja saya tengok", "Ya, cuma kadang-kadang okey..tapi bila dah rasa macam ni memang letih satu badan dibuatnya. Nak buat kerja pun mau tak mau ja"...(errm..dugaann).

Kisah dua, pesakit kat farmasi..
Yang ni juga hampir sama..cuma.."Mak cik tak kerja hari ni?" "Dak..m.cik tak larat..sakit kepala" dan aku teruskan bertanya..."dah berapa hari sakit ni, memang ada migrain??" m.cik jawab, "bru hari ni, m.cik dah biasa. Tanda nak mai bulan."...aku (reaksi yang sama) "owh..memang macam tu...berapa hari akan rasa pening macam ni?"..m.cik jawab panjang " ya...itu la, badan tak tahan..sementara nak mai ja, lepas tu makin kurang sakit. Pening aja xpa, ini rasa mual nak muntah..bau2 yang pelik2 pn xtahan. Kadang-kadang pening sangat sampai pitam. Pernah jadi sebelum ni kat luar..jenuh orang dok angkat. Ni yang m.cik risau..kena mai cari ubat juga."...ok.." bla..bla.."

Itu ceritanya...errmm..risau kan..dan kebetulan saya ada tanya kat depa ada stress atau pikir macam2 ka n ada jaga makan idak?..depa jawab.."banyak fikir, makan..kami makan ja apa2 ja"..saya xdapat tolong banyak, sekadar mendengar, bagi nasihat n ubat. Semuanya terpulang pada empunya diri untuk berhati-hati dan jaga diri. Jadi untuk kawan-kawan wanita lain yang ada alami simpton macam ni atau lain-lain lagi, jaga@buat persiapan diri, jaga pemakanan dan yang penting sabar dengan dugaan ni. Sakit tu tanda Allah sayangkan kita, nak bagi kita pahala berlipat ganda (^_^) insyaAllah.

p/s: saya pun sayangkan awak..sungguh!! so take care k. Kat bawah saya sempat kutip nasihat daripada pakar sakit puan Hamid Arshat, berkaitan beberapa langkah mengawal kesihatan wanita..selamat mengikuti ;


Beberapa langkah untuk mengawal kesihatan wanita
1 Program Pendidikan Kesihatan Wanita
Program Pendidikan Kesihatan Wanita adalah sangat penting dan ini sedang giat dilakukan secara berterusan oleh kerajaanmelalui media-media elektronik.Pihak swasta melalui pertubuhan-pertubuhan sukarela, syarikat-syarikat media cetak juga menerbitkan bahan-bahan pendidikan kesihatan wanita, serta menganjurkan bengkel, seminar, forumdan lain-lain.Pendedahan terhadap maklumat kesihatan dan penyakit yang berkaitan dengan wanita adalah sangat penting dan perlu di ulang siaran atau penyebarannya.
Tahap pengetahuan tentang penjagaan kesihatan di kalangan wanita Malaysia adalahtinggi, namun apa yang menyedihkan ialah sikap dan amalan kesihatan dan jagaan penyakit yang masih kurang.Pengetahuan tentang kesihatan dan penyakit mestilah disusuli dengan tindakan-tindakan untuk mencegah penyakit, mendapat rawatan awal, kunjungan ke klinik atau hospital mengikut jadual.Di samping itu wanita mesti bersedia untuk membelanjakan wang untuk menjaga kesihatan serta merawat penyakit.
2 Amalan pemakanan
Pemakanan adalah penting bagi menentukan kesihatan seseorang wanita khususnya di waktu-waktu tertentu seperti ketika hamil, waktu pantang,menyusukan bayi, dan selepas menopause.Makanan yang seimbang dalam kandungan karbohidrat, protin, minyak dan lemak, gula dan vitamin serta logam adalah penting untuk penjagaan kesihatan tubuh dan mental.
Wanita yang bijak pandai memilih sumber makanan yang murah harganyatetapi berkhasiat tinggi.Mereka juga bijak untuk mencegah zat-zat vitamin daripada musnah ketika dalam proses pemasakan dan penyajian.Vitamin-vitamin B mudah musnah akibat dari suhu panas yang tinggi.
Wanita juga perlu mengawal pemakanan suami kerana makanan yang tidak seimbang dan tidak terkawal boleh menimbulkan berbagai-bagai jenis penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung, kencing manis, angin ahmar dan lain-lain.Makanan kanak-kanak dan remaja juga perlu dijaga kerana tabiat makanan mereka mudah dipengaruhi oleh iklan-iklan TV dan media lain.Akhirnyha timbullah masalah seperti “hyperactivity” dikalangan kanak-kanak yang mungkin disebabkan oleh terlalu banyak makanan sampingan segera yang terlalu tinggi kandungan logam dan perisa dan pengawet.“Obesity” di kalangan remaja juga adalah satu gejala iklan pemakanan segera ala barat. Para ibu perlu mengawasi unsur-unsur ini tidak mempengaruhi tabiat makanan anak-anak mereka.
3 Riadah dan gerak tubuh
Ekoran dari pekerjaan wanita yang tertumpu di pejabat, wanita kurang melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan gerak tubuh yang kuat.Akibatnya lebihan makanan karbohaidret dan gula yang biasanya menjadi sumber tenaga akan berhimpun dalam badan sebagai lemak.
Kekurangan gerak tubuh dan riadah juga menyebabkan timbunan laktik asid dalam otot-otot, sendi-sendi dan ligamen yang akhirnya menimbulkan berbagai penyakit.
Kehamilan dan kelahiran juga menyebabkan kekenduran pada otot dan ligamen perut dan lantai punggung di sekeliling peranakan.Kekenduran ini boleh dipulihkan dengan gerak tubuh yang aktif serta riadah.
Malangnya hanya sedikit sahaja wanita yang benar-benar melakukan exercise gerak tubuh dan riadah.Mereka mempunyai berbagai alasan untuk tidak berbuat demikian.
4 Menangkis tekanan jiwa atau stress
Tekanan emosi atau jiwa merupakan satu faktor terkini dalam kejadian berbagai jenis penyakit seperti migraine, gastric, darah tinggi, lemah-jantung dan lain-lain.Malah seribu satu jenis penyakit boleh timbul akibat daripada tekanan emosi dan jiwa.Tekanan emosi dan mental ini boleh berlaku di mana-mana seperti di sekitaran rumah dan keluarga, di jalan-raya, di tempat-tempat kerja, di gedung-gedung beli-belah dan lain-lain.Oleh itu kita perlu mempunyai daya tahan atau kaedah sendiri untuk menjauhkan serta menangkis segala tekanan dan serangan mental.Ketahanan mental untuk menangkis stress boleh dibentukpada setiap wanita melalui disiplin diri, akhlak yang baik, personaliti yang tegas,amalan- amalan ugama yang boleh membentuk kita sebagai seseorang yang beriman dan bertaqwa, sifat tawaduq dan merendah-diri dan boleh berkompromi dan bertolak-ansur dalam suatu keadaan yang kritikal.
Kebanyakan daripada kesan tekanan mental dan emosi timbul akibat daripada kelemahan iman kita yang seterusnya menyebabkan penyakit jiwa, diantaranyasifat-sifat tamak, riak atau bangga diri, sombong dan angkuh, keras hati dan pemarah dan suka melayani kehendak nafsu dan syahwat tanpa batasan.Tekanan mental dan emosi dan penyakit rohani akan seterusnya menimbulkan berbagai penyakit fizikal seperti darah tinggi, serangan jantung, ulcer, kencing manis, angin ahmar dan lain-lain.