Sabtu, 17 November 2012

Hidup belum tentu, mati itu pasti..

Bismillah..

Perkongsian sesama umat insyaAllah..baru habis memahami buku 'Alam Barzakh oleh M. Ali Chasan Umar'..lama tak lama, 1980 juga buku ni diterbitkan..hee.. Alhamdulillah, rezeki namanya walau bukan hak milik sendiri, cukup dapat pinjam kejab..insyaAllah moga dapat buat persediaan@bekal di hadapan. Teringin nak kongsi apa yg sya baca...meh kongsi sikit daripada 160 page tu;

Rasulullah s.a.w. bersabda;

a. Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat. Sekiranya seseorang telah selamat dalam tahap pertama itu, maka untuk tahap-tahap seterusnya akan lebih ringan. Tetapi kalau tidak selamat dalam tahap pertama tersebut, maka untuk tahap-tahap berikutnya akan lebih dahsyat.

b. Kubur itu merupakan satu daripada taman-taman syurga, dan lubang dari lubang-lubang neraka.

c. Siapa yang menjaga sembahyang lima waktu, Allah akan memuliakannya dengan lima perkara;

1. Dihindarkan dari kesempitan hidup
2. Dihindarkan siksa kubur
3. Diberi kitab amalnya dengan tangan kanan
4. Berjalan di atas shirat bagaikan kilat
5. Masuk syurga tanpa hisab

Dan siapa yang meremehkan (mempermudahkan, mengakhirkan, meninggalkan) solat akan diancam oleh Allah dengan lima belas siksaan. 5 di dunia, 3 di waktu mati, 3 di dalam kubur dan 3 ketika keluar dari kubur;

Di Dunia;

1. Dicabut berkat umurnya
2. Dihapus tanda orang soleh dari mukanya
3. Tiap amal yang dikerjakan tidak diberi pahala
4. Doanya tidak dinaikkan ke langit.
5. Tidak dapat bahagian daripada doa orang-orang solihin.

Ketika Mati;

1. Matinya hina
2. Mati kelaparan
3. Mati haus dan andaikan diberi minum air samudera dunia tidak akan puas

Di dalam kubur;

1. Disempitkan kuburnya sehingga hancur tulang-tulang rusuknya.
2. Didatangkan api dalam kubur, maka ia bergelimpangan dalam api siang dan malam
3. Didatangkan kepadanya ular yang bernama syuja' yang buta matanya dari api dan kukunya dari besi, tiap kuku panjangnya perjalanan sehari. Ia berkata kepada mayat "aku syuja' (suaranya bagaikan petir yang menyambar), Allah menyuruh aku memukul kamu kerana meninggallkan sembahyang subuh hingga terbit matahari. Dan memukul kamu kerana meninggalkan solat zuhur hingga asar. Dan memukul kamu kerana meninggalkan sembahyang asar hingga maghrib. Dan memukul kamu kerana meninggalkan sembahyang isyak hingga subuh. Dan tiap-tiap satu pukulan terbenamlah orang itu ke dalam tanah tujuh puluh hasta.

Ketika keluar dari kubur;

1. Diberikan hisabnya
2. Allah murka kepadanya
3. Masuk neraka.

d. Tujuh amalan yang akan terus diperolehi pahalanya oleh seseorang di dalam kubur;

1. Orang yang mengajar ilmu agama
2. Orang yang mengalirkan ilmu agama
3. Orang yang mengalirkan sungai
4. Orang yang menggali sumur
5. Orang yang menanam pohon yang berbuah
6. Orang yang membangun masjid
7. Orang yang meninggalkan anak soleh

Subahanallah..moga perkongsian yg sedikit ini dapat memberi manfaat kepada kita...insyaAllah.

p/s: Doakan saudara kita di Gaza peroleh KEMENANGAN..!!