Selasa, 29 Oktober 2013

Saya dah sampai Indonesia


Bismillah…

Subahanallah, lama sungguhhh…(malas saya ni). InsyaAllah kali ni betul2..betul2 nak kongsi. Saya dah sampai Indonesia!!!(salah sebuah negara yang membuat saya excited tentangnya). Alhamdulillah lima hari di sana. Berjumpa dan berkenalan. Memerhati dan mengambil pengajaran. Berjalan dan berfikir akan kelainan. Bersiar dan mengumpul kenangan. Semuanya pengalaman….

mula…


31/Ogos/2013@KLIA-Soekarno–Hatta International Airport

 -Merdeka!!! Sepatutnya aku sekarang dekat Pekan Rabu (mungkin, sebab setiap tahun bila berkesempatan aku selalu bawa adik2) sambut merdeka. Tapi sekarang aku kat atas kapal terbang!! Dalam perjalanan ke Jakarta, Indonesia. InsyaAllah akan menghadiri majlis perkahwinan anak salah seorang kenalan k.ummu di Indonesia sambil mencari buku dan berkenalan dengan Indonesia untuk beberapa hari. 

-Berempat aku, k.ummu, a.dhiak n darda’ dihantar abah. Kapal terbang bertolak dari KLIA pukul 11.00pg. Flight mengambil masa 1jam 35minit. Dijangka sampai di Hatta International Airport jam 11.35minit (waktu Indonesia). Indonesia awal satu jam dari Malaysia. 

-Sebetulnya seat aku ditengah, Alhamdulillah tukar dengan seseorang yang baik hati (paksa tukar sebenarnya)heee. Aku yang dh duduk di tepi tingkap, dia mai.. “situ tempat duduk saya kan?”..Aku dengan muka kesian “ermm…encik nak duduk kat sini ni ka?”(memang la dah tempat dia kan)…huu. Dia yang mungkin nampak muka kesian tu.. “awak nk duduk kat tepi ka..okey2. Tempat awk kat tengah?”.  Mekar senyumanku “iya..terima kasih”.  Adeh, memang macam budak2!

- Subahanallah, sekarang bukan lagi dah membelah awan, tapi di atas meninggalkan awan. Aku sekejab-sekejab buka buku nota, sat-sat periksa kamera sambil pandang bawah(walaupun memang kat bawah tu dah tak nampak apa)..tak sabarr nak tengok Indonesia!
 
- Alhamdulillah..seperti yang disebut pramugari, 11.35t/h kapal terbang mendarat dan 12.++t/h semua urusan kemasukkan selesai. Yeah..dah sampai..ya Allah, pandang kiri, padang kanan..semua orang dah bertutur Indonesia. Selamat Datang Mbak...welcome miss(dalam loghat Indonesia), kat balai ketibaan tengok orang2 berpakaian Indonesia, terutamanya baju batik. Meriahnya. Risalah, borang, tulisan iklan, papan tanda bukan lagi dalam bahasa Malaysia. Bilik air yang diganti  kamar mandi. Suasana itu...subahanallah..aku selamat sampai. Tangan terus ja klik dan klik  apa yang ternampak (xtau nak cerita..kegembiraan tu) Gambarkan sedikit….

Indonesia..saya datang!!

 
 
 
 

Muka serius k.ummu dgn a.dhiak..sedikit salah faham masa sampai. Menunggu sama ada akan di jemput atau nak bergerak sendiri. Telefon pula xdapat nak aktif..ish..ish.. Darda’ lagi la, xyah cakap…sini sana dia campakkan kopiah, kasut… Protes!



Muka gembira aku…(Lama2 pun tak apa kat sini. Lagi lama, lagi banyak boleh perhati..) Terdetik di hati@doa masa kat sini, moga terserempak dengan Andrea Hirata..huhu…walau dia nun jauh di Pulau Belitung..mana la tau kan…heee…mungkin agak melampau permintaan ini!

 

Dan kesimpulannya..kami gerak sendiri..ini memang menarik! Bayangkan..sembang dengan driver teksi, tanya itu ini,  dengar pengalaman dia…ln2.


- Soekarno – Hatta International Airport sangat besar. Landasannya yang luas. Merupakan lapangan utama bagi sebahagian besar kawasan Jakarta. Terletak sekitar 20 km barat tengah Jakarta, di Cengkareng dalam jajahan Banten. Mempunyai dua terminal iaitu terminal domestik dan terminal untuk filght antarabangsa. Namanya pula diambil sempena nama presiden pertama Repuclik Indonesia dan timbalannya iaitu Soekarno dan Mohammad Hatta.    

- Indonesia...Just like what i imagine






- Jakarta merupakan ibu negara Indonesia. Tujuan yang membawa ke Indonesia mengarah kami ke arah Jakarta selatan iaitu Pondok Pesantren Darunnajah. Jakarta Selatan merupakan salah sebuah kota utama Indonesia selain lima buah yang lain. Bandar yang sibuk. Jalanrayanya sesak dengan kenderaan dan orang yang mencari rezeki sendiri serta tempat tinggal yang dekat dan padat. Subahanallah..pemandangan yang sangat lain.
 
-Kembali ke cerita asal, dalam keadaan kenderaan yang sat2 berhenti (macet) tak sikit pun mengurangkan tapi menambahkan ke ‘excited’ kan aku sepanjang jalan. Tengok pemandangan keliling dan gelagat masyarakat sambil dengar driver texsi bercerita,alhamdulillah akhirnya kami sampai.




-Di sambut meriah oleh Pak Cik Saifulllah sekeluarga, Mak Cik Munifah, Amar, Afaf dan Huda. Afaf si anak dara berseri-seri wajahnya. Melihat keadaan rumah yang meriah dengan sanak-saudara, warna warni perhiasan dan beberapa persiapan makanan membuat ak betul-betul tak sabaqqq!! Nak tunggu kenduri esok. Tertanya-tanya…macam mana, apa yang akan jadi, berapa, siapa??? Pak Cik Saifullah tak kalah bercerita itu ini... Meriah.
 
 

Sampai sini dulu cerita aku. Rasa gembira yang membuat ak tersenyum sepanjang perjalanan....:)))). Ada perkara lain yang menanti. InsyaAllah nak sambung cerita hari-hari berikutnya. Cerita kemeriahan dalam Pondok Pesantren Darunnajah pula. 

p/s: Assalamualaikum(Opick), Crush, Doaku untukmu sayang antara dalam playlist...(boleh la baca sambil dengar lagu2 tu..kot nak feel juga...haha)