Bismillah…
Subahanallah,
lama sungguhhh…(malas saya ni). InsyaAllah kali ni betul2..betul2 nak kongsi.
Saya dah sampai Indonesia!!!(salah sebuah negara yang membuat saya excited tentangnya). Alhamdulillah lima
hari di sana. Berjumpa dan berkenalan. Memerhati dan mengambil pengajaran.
Berjalan dan berfikir akan kelainan. Bersiar dan mengumpul kenangan. Semuanya
pengalaman….
mula…
31/Ogos/2013@KLIA-Soekarno–Hatta International Airport
-Merdeka!!! Sepatutnya aku sekarang dekat Pekan
Rabu (mungkin, sebab setiap tahun bila berkesempatan aku selalu bawa adik2)
sambut merdeka. Tapi sekarang aku kat atas kapal terbang!! Dalam perjalanan ke
Jakarta, Indonesia. InsyaAllah akan menghadiri majlis perkahwinan anak salah
seorang kenalan k.ummu di Indonesia sambil mencari buku dan berkenalan dengan
Indonesia untuk beberapa hari.
-Berempat
aku, k.ummu, a.dhiak n darda’ dihantar abah. Kapal terbang bertolak dari KLIA
pukul 11.00pg. Flight mengambil masa
1jam 35minit. Dijangka sampai di Hatta International Airport jam 11.35minit
(waktu Indonesia). Indonesia awal satu jam dari Malaysia.
-Sebetulnya
seat aku ditengah, Alhamdulillah
tukar dengan seseorang yang baik hati (paksa tukar sebenarnya)heee. Aku yang dh
duduk di tepi tingkap, dia mai.. “situ tempat duduk saya kan?”..Aku dengan muka
kesian “ermm…encik nak duduk kat sini ni ka?”(memang la dah tempat dia kan)…huu.
Dia yang mungkin nampak muka kesian tu.. “awak nk duduk kat tepi ka..okey2.
Tempat awk kat tengah?”. Mekar
senyumanku “iya..terima kasih”. Adeh,
memang macam budak2!
- Subahanallah,
sekarang bukan lagi dah membelah awan, tapi di atas meninggalkan awan. Aku
sekejab-sekejab buka buku nota, sat-sat periksa kamera sambil pandang
bawah(walaupun memang kat bawah tu dah tak nampak apa)..tak sabarr nak tengok
Indonesia!
-
Alhamdulillah..seperti yang disebut pramugari, 11.35t/h kapal terbang
mendarat dan 12.++t/h semua urusan kemasukkan selesai. Yeah..dah sampai..ya Allah, pandang kiri, padang kanan..semua orang dah bertutur Indonesia. Selamat Datang Mbak...welcome miss(dalam loghat Indonesia), kat balai ketibaan tengok orang2 berpakaian Indonesia, terutamanya baju batik. Meriahnya. Risalah, borang, tulisan iklan, papan tanda bukan lagi dalam bahasa Malaysia. Bilik air yang diganti kamar mandi. Suasana itu...subahanallah..aku selamat sampai. Tangan
terus ja klik dan klik apa yang
ternampak (xtau nak cerita..kegembiraan tu) Gambarkan sedikit….
Indonesia..saya datang!!
Muka serius
k.ummu dgn a.dhiak..sedikit salah faham masa sampai. Menunggu sama ada akan di
jemput atau nak bergerak sendiri. Telefon pula xdapat nak aktif..ish..ish..
Darda’ lagi la, xyah cakap…sini sana dia campakkan kopiah, kasut… Protes!
Muka gembira aku…(Lama2 pun tak apa kat sini. Lagi lama, lagi banyak
boleh perhati..) Terdetik di hati@doa masa kat sini, moga terserempak dengan
Andrea Hirata..huhu…walau dia nun jauh di Pulau Belitung..mana la tau
kan…heee…mungkin agak melampau permintaan ini!
Dan
kesimpulannya..kami gerak sendiri..ini memang menarik! Bayangkan..sembang
dengan driver teksi, tanya itu ini, dengar pengalaman dia…ln2.
- Soekarno
– Hatta International Airport sangat besar. Landasannya yang luas. Merupakan lapangan utama bagi sebahagian besar kawasan Jakarta. Terletak sekitar 20 km barat tengah Jakarta, di Cengkareng dalam jajahan Banten. Mempunyai dua terminal iaitu terminal domestik dan terminal untuk filght antarabangsa. Namanya pula diambil sempena nama presiden pertama Repuclik Indonesia dan timbalannya iaitu Soekarno dan Mohammad Hatta.
- Indonesia...Just like what i imagine
- Jakarta
merupakan ibu negara Indonesia. Tujuan yang membawa ke Indonesia
mengarah kami ke arah Jakarta selatan iaitu Pondok Pesantren Darunnajah.
Jakarta Selatan merupakan salah sebuah kota utama Indonesia selain lima buah
yang lain. Bandar yang sibuk. Jalanrayanya sesak dengan
kenderaan dan orang yang mencari rezeki sendiri serta tempat tinggal yang dekat
dan padat. Subahanallah..pemandangan yang sangat lain.
-Kembali ke
cerita asal, dalam keadaan kenderaan yang sat2 berhenti (macet) tak sikit pun
mengurangkan tapi menambahkan ke ‘excited’ kan aku sepanjang jalan. Tengok
pemandangan keliling dan gelagat masyarakat sambil dengar driver texsi
bercerita,alhamdulillah akhirnya kami sampai.
-Di sambut
meriah oleh Pak Cik Saifulllah sekeluarga, Mak Cik Munifah, Amar, Afaf dan
Huda. Afaf si anak dara berseri-seri wajahnya. Melihat keadaan rumah yang meriah
dengan sanak-saudara, warna warni perhiasan dan beberapa persiapan makanan
membuat ak betul-betul tak sabaqqq!! Nak tunggu kenduri esok.
Tertanya-tanya…macam mana, apa yang akan jadi, berapa, siapa??? Pak Cik
Saifullah tak kalah bercerita itu ini... Meriah.
Sampai sini dulu
cerita aku. Rasa gembira yang membuat ak tersenyum
sepanjang perjalanan....:)))). Ada perkara lain yang menanti. InsyaAllah
nak sambung cerita hari-hari berikutnya. Cerita kemeriahan dalam Pondok Pesantren
Darunnajah pula.
p/s: Assalamualaikum(Opick), Crush, Doaku untukmu sayang antara dalam playlist...(boleh la baca sambil dengar lagu2 tu..kot nak feel juga...haha)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan