Jumaat, 3 Januari 2014

Sang Penaknul Konstantinopel@Istanbul

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama tak kongsi pasal kawan baru. Ini dia sahabat baru dan pertama saya di tahun 2014...Sultan Muhammad al-Fateh keluaran PTS Publication.
 
       Sabda Nabi Muhammad s.a.w, kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Bila akan berlaku? Ini yang menjadi tanda-tanya semua umat Islam terutamanya para pemimpin Islam ketika itu. Apa yang dikatakan Nabi Muhammad s.a.w itu adalah benar dan pasti berlaku. Sampai masanya takdir telah menetapkan seorang sultan muda yang warak lagi bertakwa berketurunan Turki menjadi sang penakluk itu. Baginda ialah Sultan Muhammad al-Fateh daripada keturunan Usmaniah.

Saya kongsikan sikit yang menarik pasal sahabat baru ini;

**********
"saya mahu bertemu Sultan Muhammad," kata Alexsi. Dia tidak tahu di hadapannya itu ialah Sultan Muhammad al-Fateh.

"sayalah orangnya....," kata Sultan Muhammad al-Fateh.

"Janganlah bergurau dengan saya," kata Alexsi. Dia masih tidak percaya kerana anak muda di hadapannya masih terlalu muda.

"Memang benar, bagindalah raja kami yang bernama Sultan Muhammad," kata Panglima Tharban.

"Maharaja Konstantine memakai mahkota yang bertatahkan intan berlian. Baginda memakai pakaian yang mahal dan duduk di atas singgahsana yang indah. Tetapi raja saudara memakai serban sama seperti kamu. Baginda juga berpakaian yang sama seperti kamu. Bahkan baginda turut duduk di tempat yang sama dengan kamu. Baginda tidak ada bezanya dengan kamu."

"Harta, pangkat dan darjat keturunan tidak boleh dimegahkan kerana apabila meninggal dunia semua itu tidak berguna lagi. Islam mengajar kami bahawa semua manusia sama di sisi Allah kecuali mereka yang bertakwaa," kata Sultan Muhammad al-Fateh.

*********(Selepas Sultan Muhammad berjaya menawan Konstantinopel)

"Hari ini adalah hari kemenangan kepada kami, umat Nabi Muhammad s.a.w. Kamu sudah menjadi hina dengan kekalahan ini. Sesungguhnya apabila datang yang hak, lenyaplah yang batil. Apabila datang kebenaran, lenyaplah kemungkaran. Apabila datang keadilan, lenyaplah kezaliman. Sesungguhnya kami datang kepada kamu membawa yang hak. Kami membawa cahaya kebenaran dan kami menegakkan keadilan. Percayalah tidak ada sesiapa yang dianiaya pada hari yang mulia ini."


*********(Dalam waktu lain, ketika memilih imam untuk solat jumaat pertama di Masjid Aya Sophia)

Apabila tiba hari Jumaat, mereka bersedia hendak mengerjakan sembahyang jumaat. Timbul pertanyaan siapakah yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad al-Fateh mencadangkan gurunya...

"carilah orang yang lebih bertakwa antara kamu bagi dijadikan imam," kata Syeikh Syamsudin al-Wali mencadangkan.

Sultan Muhammad al-Fateh keluar ke kawasan lapang di depan masjid itu. Kemudian baginda menyuruh semua tenteranya berdiri lalu berkata, "siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sebahyang fardu lima waktu, sila duduk!"

tidak seorang pun yang duduk menandakan kesemua tentera baginda tidak pernah meninggalkan sembahyang fardu lima waktu.

kemudian Sultan Muhammad al-Fateh berseru lagi, "Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib, sila duduk."

separuh antara tenteranya duduk. Kemudian Sultan Muhammad al-Fateh bertanya lagi, "Siapakah yang pernah meninggalkan sembahyang sunat tahajud, sila duduk."

semua yang berdiri, duduk kecuali seorang. Dia adalah Sultan Muhammad al-Fateh sendiri....

**********

=Subahanallah...ini yang seronok bila baca buku sejarah Islam, timbul rasa semangat, rasa rindu, rasa insaf juga. Tegunhnya iman,  hebatnya jati diri, luasnya pengetahuan pemimpin dan pahlawan Islam dahulu...ermm...rindu!!