Sabtu, 24 Disember 2011

Hala tuju




Hari2 berlalu,
kisah dulu yang pernah berlaku selamanyakan berterus
terus selagi matlamat hantu dipatuh  
terus selagi ada mereka bertopeng menjadi babu
selagi ada mereka yang punya hala tuju satu...
yang beranggapan akhir lagi satu..tidak wujud!!
Aku..manusia yang juga kasihkan manusia
sangat benci melihat kekejaman tidak tentu pasal.
mereka gila...aku kata...siapa setuju? 
Jika setuju..doakan mereka yg tertindas
mintakan mereka menindas mendapat balas.
Tapi bila ingat satu ini..lega hati
ya..kerana kan sampai hari itu..
hari penentu
hari kemenangan yang akan diraikan.
Moga kita sentiasa dibimbing dan bertemu pada hari itu saudaraku
AMEEN 


p/s: mood, Bumi Anbia...kredit utk video & lagu datas..

Munafik >1<

Bismillah..

alhamdulillah, dapat sesuatu drp pembacaan. Teringin nak kongsi...alkisah. Perselisihan antara kaum Musyrikin bangsa Quraisy kota Makkah dan kaum Yahudi kota Madinah dengan umat Islam sentiasa berlaku sebelum Islam mendapat kemenangan di kota Makkah, ketika inilah munculnya kaum Munafik(mereka yang mengatakan beriman semata-mata untuk melindungi diri. Sedang sebenarnya mereka berbohong dan menghalangi agama Allah).

Mereka yang munafik ini menjadi batu api dengan sengaja mencari jalan memecah belahkan hubungan antara dua kaum di atas dengan umat Islam ketika itu. Disebabkan mereka mengaku beragama Islam, susah bagi Nabi untuk ambik sebarang tindakan terhadap mereka. Walaupun Nabi tahu yang mereka lebih bahaya daripada golongan Musyrikin dan Yahudi. Diperingkat awal Nabi dan kaum Muslimin lain hanya berhati-hati namun dari masa ke semasa makin banyak fitnah dibuat sehingga menimbulkan kekacauan.

Maka untuk membongkor kebohongan golongan Munafik ini, Allah s.w.t telah menurunkan wahyu kepada Nabi s.a.w. dengan menerangkan ciri-ciri dan jenis-jenis orang munafik. Diringkaskan terdapat lima (5) jenis orang-orang munafik dan setiap satu ada menerangkan firman Allah terhadapnya. Iaitu;

p/s:erm...sendr nak lebih memahami dgn lanjut..insyaAllah kta sambung nanti...:)

Ahad, 11 Disember 2011

Kami dan 'Korban Kasih'..

Bismillah...

minat/suka...kami(satu keluarga)..kepada korban kasih(novel)...hehe..bukan minat biasa,mmg berbekas di dada..kihkih...mak, kakak2, abang awal lgi dah baca..klu xslp, ak dting 5 bru diperkenalkan.

Masa dulu2,
Aku: nak baca buku apa ya?
Mak: baca buku ni (smbl menunjukkn buku Korban Kasih), seronok..mak dah baca bnyk kali buku ni dan setiap kali baca, mesti keluaq air mata..
Aku: huih..cerita apa ni??

Jadi..mula la siri pembacaan ak...beberapa hari..hbs bca...dengan bangga mengumumkan,
Aku: dah habis bca..mmg best..d.jat suka..imah, jalil, jamil, mak dia tu...bla..bla..bca la..(perasan dri sendri ja yg bru bca)
Kakak 1: alah..dah baca pon..k.ummu suka buku tu..sedih
Kakak 2: k.na pon dah bca la..yg cerita kembaq tu kan..yg emak dia pilih kasih tu..seronok
Aku: .......iya ka.....
Abang: (tak ingt komennya)...hihi

Belum putus asa..adik-adik mesti belum baca..nah, berjaya. Apa kata yg lepas baca,
Adik1: Adi dah baca...nangis la jugak...huhu
Adik-adik lain...ermm..masih dok promote...heeee

Dalam situasi lain tentang Korban Kasih,
Jiran Tetangga;
Mak: mak ada cerita kat Mak Teh Bedah pasai buku ni..dok kata syok2 kat dia..last2 dia minta nk pjnm..dia baca..tpi lps hbs dia kata kat mak.."ak xngiau pon, mcm mna hg kta sampi ngiau2. tpi syok la"..
Kami: mak teh ni, mmg xfeel langsung la..heee
Kamar beradu;
Aku: mesti best kalau cerita korban kasih tu diadaptasi jadi drama ka, filem ka...
Kakak 1: ha..betul..sapa ya yang sesuai berlakon..
Kakak 2: erm..jalil kta bagi ako mustapha..jamil plak yang belakon certa tu..bla..bla..
Aku: ala..jalil bagi rusdy ramli la(minat sgt dia msa tu)....ako mustapa bru bagi jamil..
Kakak 1: mak dia...ha..wan maimunah..hehe..imah..kena pilih yg mcm nmpk kg2 la..
Kakak 2: ayah dia plak...bla..bla..
Aku: cerita betul ka tu ha? macam nak jumpa ja penulis dia..kita tanya mcm2..
ha..tudia..berlanjutan sampi smpt jgk seluruh keluarga tu kami bgi suaikan..akhirny salah seorg kta.."dah la tu, tidoq la..mcm senang ja..penulis dia dok mna ja"..haha..ingat2 balik, mcm lawak ja..

Kalau ingat cerita2 kat atas mungkin keluar di awal atau lepas ak dgn yg lain hbs bca ja..tak..sampai skrg..bila topik korban kasih keluar..msing2 nak cerita, nk bg pandangan..btul..hee..Sedih, gembira, geram, macam2 rsa masa bca. Dari mula hingga habis, excited tu sentiasa ada. Macam mna jalil bersabar dgn emaknya, bayangan watak jamil yg sempurna, positif yg membw semua berjya, jalil tinggalkn rumah, imah yg dikacau dan bertemu jodoh, bang ngah yg digeruni, maknya rindu dgn ayah dan jalil, hingga jalil bwa balik dua kegembiraan, atok dan kejayaan serta bnyk lagi. Ini dia sinopsisnya;



Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni."


p/s: ha..kakak ipar ak pun ada jugak terlibat..tapiiii..tak tau la dia dah dpt hbskn ke blum pembacaan tu...haha..sbbny hero dgn heroin sentasa nk djga..

Perkara lain yang berlaku hari ini utk diingati (13/12/11@17 Muharram 1433):
-Al-Fatihah untuk Tam N (Ismail bin Isa) yg pulang ke sisi maha Esa.
-Pertabalan raja kedah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.




Selasa, 6 Disember 2011

Hatyai Thailand

5122011.10.00AM@Hatyai-Alhamdulillah ini dah kali ketiga brksmptn masuk thailand..cuma destinasinya yg berbeza. Kali ni tujuan ringkasnya nak cari farmasi yg ada jual peralatan pendengaran my tok. Ambil kata pepatah sambil menyelam kita minum air...alang2 dah kat sna, jadi sempat jugak la pusing2 bandar Hat Yai yg sibuk dgn masyarakt yg bru nak mulakan hari baru, kebetulan jgk kat sna skrg blum cuti sekolah. Hanya bertiga, seorang pemandu(abah) ditemani peneman setia di sebelah(mak) dan si penyibuk merangkap co-driver dibelakang(ak)..hehe..ini dia beberapa gmbr yg smpt ak snap:

 agak2 kat malay buat gini??

ini dia tujuan asalnya 

satu sudut pemandngn bandar Hatyai 

menyusuri lorong-lorong Hat yai

yg ini mmg tak sah klu xsinggah klu ada mak -nurseri pokok bunga-

ha..ini dia yg kucari..haha

mmg sedap..mmg puas..mmg kenyang
 

insyaAllah ada masa dan diberi peluang nak jalan lagi..nak p tempat2 yg ada makanan best2..haha..gurau2..nak p mana saja yg ada orang baik2..heee

p/s: masa kat sna, org semua ckp thai dgn ak sbbny muka mmg dh mcm org sna...tpi bila dah keluar dri sna, takut jugak...huhu

Sedikit fakta tentang Hat Yai:
-"Hat Yai" merupakan singkatan bagi "Ma Hat Yai", bermaksud pokok Ma Hat 
- Sebuah bandar raya di selatan Negara Thai
- Hat Yai merupakan bandaraya yang terbesar di Wilayah Songkhla

SAMPINGAN: Pengalaman itu baik buat perbaiki mutu diri

November 2011
>belajar, menyebar<

26/11/2011@Bukit Tangga, Kedah

>Doakan mereka bahagia hingga ke syurga<

27/11/2011@Batu Kurau, Perak




  

Isnin, 21 November 2011

Binnabil Huda - Lirik dgn Terjemah


Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku
Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir
Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.
Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.
Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,
Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,

Pesuruh Allah,
(selawat)
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Artis: Unic

Rabu, 16 November 2011

abg bangla V$ penasihat gim..

sekarang sapa2 jgk boleh jadi juri...betul? cth: baru2 ni maharajalawak mega, pemain bola sepak+chef jadi juri dan okey ja. Tapi mcm mna pulak dengan yg ini..hehe..penasihat kesihatan versi:  

ceritanya...d salah sebuah stesen minyak petronas a.star..

plot
aku dalam keta yang menunggu minyak diisi
abg bangla yg menjalankan tugas mengisi
cermin dibuka persiapan mengucapkan 'terima kasih'

dialog
abg bangla: adik u umur berapa?
aku: ...(tanpa suara menunjukkan simbol jari 2 dan 0)..
abg bangla: owh..(muka habis terkejut)..banyak kecik la..(dia sambung lagi)..berapa kali satu hari makan nasi??
aku: huh...(sengih)..suka hati ja..
abg bangla: tak boleh itu macam adik..nant balik..makan banyak2..4 kali satu hari..mesti badan sihat..(sambil tangan mengisyaratkan thumbs up)..
aku:..(sengih aja..dalam kepala.."pandai pulak abg bangla ni bg nasihat"..)

plot kembali
habis diisi, masa utk pergi

dialog
aku: terima kasih...(utk minyak plus nasihat...huhu)
abg bangla: ...(masa dia pulak yg sengih..huuu)




p/s: terima kasih abg penasihat, rasanya saya dah suka dengan apa yang saya ada..hehe..nasib tak bgtau umoq ak yg sebenaq...huhu..

  

Khamis, 10 November 2011

nama saya ... ... bt abu hassan


bismillah.. 

mesti ada yang penah alami keadaan mcm ni..kita ada nama yang panjang dan kadang2 setengah daripada nama tu jarang atau tak pernah langsung berfungsi dalam erti kata lain xdak org panggil nama yang itu..contohnya..'maisarah aqilah aminah'..hehe..mgkin pernah ada org pnggl maisarah atau aminah tapi tak ada yang pnggl aqilah... ada?? adakan..kan..penah? 

aku...erm...hajar mardhiah...alhamdulillah semua nama tu pernah berfungsi cuma jarang digunakan salah satu daripadanya...ya..mardhiah. Ini la ceritanya...baru balk dari bank, jmp penasihat kewangan..huhu..kalau balik dari jmp dia, mesti aku tersenyum sorang2@syok nak tau knp?? dia panggl saya mardhiah..heee...nak tau satu rahsia..?? sebenarnya sya suka org panggl sya mardhiah..hehe..bukan bermaksud saya tak suka org panggl sya hajar..cuma mardhiah tu lembut aja bunyinya n satu lagi rsa diri ni bertukar jadi seorg yg lemah lembut ja kalau dipanggl mardhiah..haha..betul..!! bukan xdak yg panggl mardhiah sblum ni, akhir xsilap masa sek men dlu, ada sorang ustzah yg mmg suka panggl ak mcm ni..dia penah ckp "dah rmi yg pnggl hajar, ustazah pnggl kamu mardhiah la ya"..rindu ustazah shikin...:) 

tapi apa2 pn ak tetap bangga ada nama yg membawa simbol 'ibu nabi ismail' dan satu lagi berpegang kepada sifat keredhaan...:)..panggl aja nama ini elok2..selagi tidak yg bukan2 saya okey aja..peace..habis suda... 

p/s: nama@gelaran plg sya xsuka suatu msa dlu...'mek kalut'..huhu..

Jumaat, 4 November 2011

Hafalan Shalat Delisa

..bru hbskn slh satu novel indonesia, alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan bca, fham, hbskn dan insyaAllah ambk bt pengajrn...mcm biasa, tark sikit petikn@nota kaki ddlmnya yg bt ak tertarik...

...Ya Allah, sungguh mulia Engkau. Kau-lah yang menanamkan semua kesedaran itu. Kami lahir tak bisa melihat, Kau berikan. Kami lahir tuli, Kau buat mendengar. Kami lahir tak bergerak, Kau buat melangkah. Kami lahir tak menegrti, Kau tanamkan pengertian...


...Maha suci Engkau ya Allah, yang telah menciptakan perasaan. Maha besar Engkau yang telah menciptakan ada dan tiada. Hiudp ini adalah penghambaan. Tarian penghambaan yang sempurna. Tak ada milik dan pemilik selain Engkau. Tak ada punya mempunyai selain Engkau.... 


...Tetapi mengapa Kau harus menciptakan perasaan? Mengapa kau harus memasukkan bongkah yang disebut dengan 'perasaan' itu pada mahkluk ciptaanMu? Perasaan kehilangan...Perasaan memiliki....Perasaan mencintai...


...Kami tak melihat, Kau berikan mata. Kami tak mendengar, Kau berikan telinga. Kami tak bergerak, Kau berikan kaki. Kau berikan berpuluh-puluh nikmat lainnya. Jelas sekali, semua itu berguna. Tetapi mengapa Kau harus menciptakan bongkah itu? Mengapa Kau letakkan bongkah perasaan yang seringkali menjadi pengkhianat sejati dalam tubuh kami. Mengapa?


bnyk lgi isi2 lain yg menyentuh hati ddlmnya..lebih dekat rsnya dgn mangsa2/situasi tsunami, khususny d Lhok Nga lps bca karya Tere Liye ni.


p/s: bertambah lagi kawan baik saya...:)



Rabu, 19 Oktober 2011

minta anak pada bapa 'part 2'....


-sudah dapat..dan ketika mengedit sudah tamat membaca..hehe...thx abah. Sekarang tgh tunggu usaha untuk kumpulkan(insyaAllah) novel andrea yang sebelum dan terbaru...:-)

p/s:bajet 2012, ktanya student dpt baucer buku rm200..ermmm agak2 buku berupa apa aja yg boleh dbeli..heee..harap2 ada peluang...(^_^)

Rabu, 12 Oktober 2011

aku @ SMANH...

Bismillah...

aku: mana gmbq2 akak dlm pc rumah
saini: ada..dlm disk video music..sja letak stu. disk lain dh penuh
aku: okey..saja nak tgk gmbq2
saini: gmbq apa?
aku: gmbq pak we lma..haha...(sudah tentu sya b'gurau)

ehee..sebentar, ambil masa imbau zaman sekolah :

-matapelajaran kegemaran, saya suka sains!! (cikgu tusyen sains  sy hensem..kihkih)
-cikgu kegemaran, Ckg Mat Isa...haha..eh, betul la...
-cikg plg garang..urm..Ust At..
-boleh dkata ak..erm..mmg pon 'banyak main berbanding belajar'
-kwn..semua pon kwn lor..but sometime enough 6, cukup enam (6), knp..? yg enam tu ikhlas, yg enam tu jujur, yg enam tu sekepala..heee..miss them big time...!!
-penah kena denda berdiri luar kelas..gara2 xsiap 'Khott'
-Ustzh Yon+Mamat..dua insan yg mewarnai lagi...:)
-jawatan dsandang..urm..penah pegang ajk dj..tp setahu ak, xdak bt apa sngt pun..huhu
-hari2 kat sekolah yg plng ak suka, hari sukan..!! boleh mainnn
-tingkatan 1 n 5 plng best..sbb, ms t.1 bru masuk nak tahu/ambk/belajar mcm2..t.5, konon xsbr nk bebas/merdeka/nk tmtkn zmn sekolah...(tp skrg bru sedar yg sbnrny, zmn sek la yg plg best)
-tempat dlm kelas..pilihanku meja ddepn...cuma msa ting4 ja t'kebelakng..sistem lelak depan pompuan blkg dgna..huuu
-kelas..dri 1-3,2-3,3-2,4-1 strsny 5-1...(jgn terpedaya dgn 1,2 dn 3 tu...eheheee)
-pencapaian..xsngt..sy budak yg bersederhana dlm sglanya..hoho
-ha! mgkn pencapaian dlm hal ini..sya masuk sukan...saya main badminton..ingt lgi, sy gila someone masa tu..smpi skrg la(kurang skt mgkn)..hafiz hashim..:)
-cinta...urmm..zero mgkn..haha

wah..nak senaraikn bnyk rupanya....cukup la tu..meh kta tgk gmbq plak:


 
saya bdk baru..

 
 hari sukan

 program motvs kat luar

main-main


seven sense

exam

Dari pengamatan..ak budak sekolah yg biasa, xpopular, bdk yg perlu bnyk usha utk berjy...tapi aku budak yg  sentiasa enjoy/nikmati saat2 aku di sini..!!

p/s: ha! satu lagi..sekolah ak penah banjir, bukan sekali..tapi beberapa juga..habis sijil2 kembang klu ingt msa tu...haha..sy syg mereka yg ambil berat akan sya ketika di sana..HIDUP SMANH!!




Selasa, 4 Oktober 2011

muhasabah diri..

baru jumpa sorang kwn ni...kwn sek men..dah lma xjmp, sbb ada hal kmi djmpkn..ada urusan skt dgn dia. Sementra selesaikn urusan kmi sembang sambil2...berita pertama 1)

A.B: ak bru blk dri kenduri kwn kta ni 'S'..kenalkn?
Aku: owh ya..eh..keenaalll..suami dia kwn2 kta jgk ka?
A.B: ha..sekali la..org pnggl dia 'J'...kenai?
Aku: la iya ka..kenal2...owh kenduri hri ni la..

dah hbs urusan..smtra masing2 nk berundur, sambung sembang lgi yg kebnykknny tntg sek, kwn2..dan..berita kedua 2)

A.B: lps ni ak nk trs p rumah 'N'..dia sakit...
Aku: sakit(mmg terkejut)...sakit apa? teruk ka?
A.B: sakit saraf apa tah...dri pinggan smpi ke kaki..teruk jugak la. sampi dh xboleh jln.
Aku: hermm....dah lma ka? aku tak tau pun..
A.B: lma jgk..cum skrg makin teruk. xpa, ni aku bgtau dah...
Aku: kesian..bla..bla..

Dah hbs jmp..aku dok pikiaq sorg. Perasaan msa dgq berita pertma tu..sbnqnya ada rsa terkilan jugak..kwn yg kta knlkn..kenduri xpnggl. rumah pon msg2 tau...huhu...xsmpt kut..aku tumpang gembira. Tpi berbeza bila dgq berita kedua..hermm..terbalik perasaan tu, bersalah rsa diri ni..mcm tak ambik tau hal kwn2. Senang susah khr kwn  itu..huhu..dan sma..rumah pon msg2 tau..aku doakan dia moga cepat sembuh dan tabah menghdp apa yg jadik..insya-Allah smpt ak ingt nk p tgk..:).

p/s:jangan diri selalu mementingkan diri sendiri. bnyk benda nk kongsi...tpi xmengzinkn. contoh: andrea hirata..bola..bla..bla...

Isnin, 19 September 2011

minta anak pada bapa...(^_^)

abah nak p bandung hri isnin ni...nk jln cri buku..
=hah..ini dia msa yg dtunggu..
bah, buku kat sna murah2 kan? kirim iya..
=xsabar mau dpt itu-itu...hehe

FROM:
TO:

Message body

asslamualaikum abah..

ni benda yg d.jat nk kirim..
1)buku Edensor "laskar pelangi 3"
2)sebelas patriot (buku andrea hirata tebru)
3)cd @ dvd 'sang pemimpi'

tu ja..hehe..tima kasih bah..selamat jalan.:x lovestruck

Ahad, 18 September 2011

love for men

suatu perkara tidak dijangka,
membuat kau membuka mata,
membuat kau berfikir semula,
membuat kau lebih waspada,
membuat kau belajar bersedia. 

saya: buat apa mlm2 duduk kat luar ni?
I: thinking
saya: fikir apa?
I: can we talk about love tonight?
saya: huh..boleh..kau dah cukup besar apa. Erm..tapi tak dak benda penting lain dah ka awk nak sembang tentang??huhu
I: why..doesn't love also important in our life?
saya: tak lah..xpa2..trskan..nak cerita cinta apa,bnyk cabangnya tu
I: love for men...

Tiada angin masakan pokok bergoyang, mengaku ada isu berbangkit. Kebetulan komitmen diri yang kini tak seberapa, semacam bagi ruang cenderung utk memikir. Salah satu ciri cinta itu sendiri "takut"..takut dengan harapan cinta tak dikembali, takut dengan pengakhiran cerita, takut tiada keyakinan dalam diri, takut ada yang tak setia, takut keraguan memakan diri. Akhirnya setelah dihitung;

cinta itu luas,
cinta itu mahal berharga,
cinta itu indah,
ada cinta terbentuknya alam dan kita,
dengan cinta tersebar bahagia ceria,
tetapi itu semua tidak bermakna jika..
tidak kena dengan cara dan kepada yang sepatutnya!

Maka..maaf cinta, aku mungkin dah lama terbuka. Tapi aku belum bersedia...

p/s: DIA sentiasa mencintai kau tanpa bersyarat..!! 


     

Ahad, 11 September 2011

Hamba si peminta yang hina...

Bismillah...

Ya Allah Maha mendengar lagi Maha melihat

keyakinan aku punya tahap tersendiri

aku mungkin tidak berani menyahut cabaran terlalu tinggi

aku juga bukan yang bercita-cita besar

fantasi minda sendiri tidak terjangkau dek melampau

usaha, diri sendiri usaha termampu

amat sederhana hidup yang diimpi

ringkas, sedikit aja permintaan aku untuk sekeliling isi bumi

tapiiii..untuk kehidupan selesa di sana dengan menjaga hubungan sesama isi..

Ya Allah

permintaan kepada-Mu tidak terhingga

memang tinggi

usaha tidak berbelah bahagi boleh aku beri..(dengan izin Kamu)

kepercayaan tahap maksima aku serahkan

cita-cita aku memang besar untuk ini

ini kerana aku terlalu yakin:

yakin aku menjalankan tugas meminta

minta Engkau berikan,

peranan aku berusaha

terima apa Engkau tentukan.


p/s: insan bernama kekasih by unic keudara...:)

-ingat dia untuk Dia


Jumaat, 26 Ogos 2011

Penghayatan dari sudut ini...

Bismillah....

ermm..hermm...dlm apa2 hal bab pembukaan ni la selalu gagal..hehe..dah puasa ke brapa iya? brapa hri lagi nak raya ni? Bru berksmptn postkn sesuatu tanda ingatan..iya..iya ja..haha. Alhamdulillah, gembira dengan kesempatan yang diberi..sekali lagi ramadhan yang menyenang & menenangkan. Penghayatan dari sudut yg ak mksudkn ialah dari sudut hiburan..aii..bukan hiburan yang melalaikan no..hiburan yang menginsafkan..insyaAllah. Boleh dikatakan kaki tv jugak ak ni..kalau tak dak apa yg penting nk dbuat, tv aja yg dlayan. Kena dgn tema ramadan, cerita2 yg dtygkn pon bnyk berunsur dakwah. Alhamdulillah ada dua (2) cerita/drama/filem yg sempat ak tgk. Pengajaran & peringatan yg nak dsmpikan mmg ada. Dua cerita yg ak mksdkn 1)100 Hari 2)Ramadhan terakhir. Kira ok la..siap ada niat dalam hati "kalau ada kesempatan nak tgk lagi"..heee...sinopsisnya secra ringkas:


1) 100 Hari, drama TV1. Mengisahkan dua individu berbeza yang mengharungi hari2 iaitu 100 hari sebelum kematian. Di mana seorg meninggl dunia dalam keadaan beriman, seorg lagi dalam keadaan xsmpt bertaubat. Juga dikaitkan dengan tanda-tanda 100 hari sblum kematian. Sangat menginsafkan....!! -gmbq xdak..hehe..teraju utma, Zul Huzaimy, Redzuan Hashim, Maria Farida n Melissa Saila.

Info Tambahan:
  • 100 Hari sbelum MAUT menjemput:
Akan bergetar kaki dan tangan lepas waktu Asar. Klu diizinkan Allah, yg mgalaminya akan sedar petanda ini.

  • 40 Hari sebelum MAUT menjemput:
Akan bdenyut-denyut pusat selepas waktu Asar. Daun hayat sudah dsambut malaikat maut, Izrail. Ketika itu, Izrail akan mgikut si empunya 'daun hayat' ke mana-mana sahaja. Kadang-kala Izrail akan menampakkan dirinya dalam keadan kita yg sedar atau tidak. Bingung.

  • 7 Hari sebelum MAUT menjemput:
Menjadi terlalu berselera utk makan sedangkn sebelum ini, dia seakan-akan tak hirau akan waktu makannya.

  • 3 Hari sebelum MAUT menjemput:
Dahinya berdenyut,mata hitam sudah tak bersinar. Telinganya seperti dah layu, hujungnya seakan-akan termasuk sedikit ke dalam.

  • 1 Hari sebelum MAUT menjemput:
Denyutan di sebelah belakang ubun-ubun sesudah Asar. Itu petanda dia takkan bertemu Asar yang keesokan harinya.


2)
Ramadhan terakhir, ditayangkan dTV3. Kisah seorang anak yg sakit n berusaha memulihkn keadaan keluargyg jauh tersimpang dri agama terutma emaknya. Ramadan terakhir utk wtk utm sbab satu syawal dia xsmpt beraya dgn family yg lain lepas sempt pulihkn
keadaan family dia. Sedih...endingnya beauty...


p/s:Yang baik jadi teladan, yang buruk jadi sempadan...insyaAllah. 5/9 coming soon=Keimanan cinta-Final Destinasion 5 pn blum smpt tgk lagi..heee...

Selasa, 2 Ogos 2011

Apa mampu aku? Doakan..


"jangan biasakan apa yang kamu rasa biasa
sedangkan ia bukan sesuatu yang biasa"

Bismillah...perkara ni sebenarnya dah lma dan dah bersepah ak tengok, tapi hati lebih terdetik lepas tengok satu gmbr ni. Mungkin sebab gmbar tu adalah gmbr seorang kenalan yang boleh dkatakan rapat. Herrm..xtau nak ulas mcm mna cuma smpi hari ni wlupun situasi tu dah berlaku lebih dri tiga hri lepas, hati masih terusik. Btul la..xtau nk ulas..senang cerita, cuba jawab soalan2 kat bawah ni, fikir dan renungkan...

1. Kamu bukan pasangan yang sah, bolehkah kamu berpegang tangan?
2. Kamu bukan pasangan yang sah, bolehkah kamu berpelukan?
3. Kamu kata kamu cintai-Nya(Allah) dan kamu bencikan musuh(setan) Dia, tapi wajarkah kamu menerima apa yang disuruh musuh itu?

(markah xdak limit)

Macam ak ckp sebelum ini, hati jarang nk ambik kisah(mcm org dh jdikn satu kebiasaan)..tpi bila tgok org yang kita syg/kenal dgn baik buat sesuatu mengikut hukum akal dan bukan hukum Islam..tipu kalau tak terusik. Aku=iman yang ditahap ini, apa mampu aku? Doakan..insyaAllah.(Ya Allah kuatkan imanku menempuh segla, bila dipertemukan dengan mereka) ameen.

p/a:aku bukan stok bdk2 baik..aku cuma sygkan seorg teman. Mgkn ak xpernah lalui saat2 BAHAGIA mcm tu, terpulang nak kta ak kolot, terpulang nak kta ak minda tertutup..maka, terpulang juga masing2 nak ambik buat kefahaman. Tapi tolonglah ingat..who we are..prays, leave the forbidden, fast n many more..this is not about u'r religious or bad, but just because u'r a Muslim!! -3 ramadhan sudah-

Isnin, 25 Julai 2011

Prose mengenali HATI...


Diri bila melakukan yang tidak disukai hati,
akan membebani.
Dihujung pedalaman menanti penyesalan,
sukar membiasakan diri.
Berbeza bila melaksanakan sesuatu yang disukai hati.
Puas, gembira, suka, diterima segalanya.
Namun apa daya,
kerana diri sendiri kadang-kadang tidak dapat kenal pasti
apa yang disukai hati.
Maka, itu punca terbentuk "menyesal".
Tapi ketahuilah diri,
proses ini yang memandu kamu lebih kenali:
kenali diri..terutamanya kenali hati!

p/s:zikir antara sahabat karib hati yang boleh memandu!
aku~~hati yang mahu 'tergendala' kini seperti terbuka...

Selasa, 12 Julai 2011

highway to...?


Jalan yang lurus
jalan yang satu,
walau berliku,
walau berbatu,
seketika buntu
kembali dibantu,
pasti bertemu.
Jalan yang tak menentu
cabang beribu,
ego melulu,
makin keliru,
diri ditipu dan menipu
kelak sukar di lulus.

"..tunjukkan kami jalan yg lurus..iaitu jalan orang yang Engkau beri nikmat.." (Al-fatihah:6,7)
-aku, 120720110810pm-


Sabtu, 9 Julai 2011

Kunci Kata

Aku tidak punya kunci-kunci harta
tapi aku punya kunci-kunci kata.

Tidak tercapai tahap yang itu
bukan bererti tidak mahu.
Yang penting usahamu
kekalkan di situ biar beribu.
Pernah dengar tentang ajaibnya perkataan ini "semangat"?
Percaya diri lebih kuat dengan " " itu?
Saya percaya..sebab saya pernah dan masih menggunakannya.
Segelinap hidup hambakan pada Yang Maha Satu
tambahkan lagi...wajibkan didik diri dengan juga segelinap ilmu.

Pegang kunci-kunci kata, kita makhluk berjaya..insyaAllah

Jumaat, 24 Jun 2011

Contengan Jalanan


More to myself:

Ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah sebenarnya.

-ayat yg ak petik ni, ada beza sikit dari yg kita selalu dngr.."jgn kita buat ibadah semata-mata nak tunjuk kat org..sebab Allah yg nilai semua tu". Tapi sbnrnya ada jugak org yg sebaliknya. Sungguh. Ala-ala tak beribadah atau tak buat baik sebab takut riak dgn org keliling. Cuma renungkan kembali..urmm..buat ja baik tu, pasang niat semata2 nak beribadah. Kut ada hasutan2 tak berapa nak posotif..abaikan..kerana kita ada Dia yang satu yang akan menentu!!

Manusia lebih suka lihat apa yang dia mahu. Jika bukan kehendak, dibutakan aja mata daripada melihat walau yang benar itu depan mata.

-Ayat ni pula cerita sal seseorang yang mencari suatu jawapan atau kebenaran. Mencari jawapan untuk sesuatu yang dicari..namun bila dah jumpa jawapan dan jawapan bertentangan dengan kemahuan, mula butakan mata. Lebih kurang nak ngelak atau tak mau terima kenyataan..nops..terpulang. Sebaiknya jadi gini cepat2 la sedar diri!

Then after that your hearts were hardened and become as stone or even worse in hardness. And indeed there are stones out of which rivers gush forth, and indeed, there are of them (stones) which split asunder so that the water flows from them (stones) which fall down for fear of Allah. And Allah is not unaware of what you do. (al-Baqarah: 74)

-Yg ni pulak..firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 74, yang aku faham, ayat ni nak kita 'hamba Allah' renung2kan macam mana kerasnya batu dapat jadi lembut dan boleh pecah apatah lagi hati manusia yang dipegangNya.

Hanya sedikit dari Contengan Jalanan yang ak petik..mau tau lgi bnyk..cuba beli..cuba baca..wink!

p/s: Terima Kasih Allah beri kesempatan aku kenal karya2 dia 'Hlovate'. Ya AllahYang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa, dekatkan diri, mudahkan diri dan kekalkan diri ini dengan segala yang baik. Amin.

Rabu, 8 Jun 2011

SI TEMAN bernama TENANG

tenang menunjuk hala tuju

tenang membuat semuanya menjadi sederhana

tenang membuat hati senang

tenang membuat hati sentiasa menang

tenang juga mengajar mengenal yang SATU

tenang aku suka berteman dengan kamu

tenang datanglah selalu!!


p/s: Dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang..peace yo:)

Isnin, 16 Mei 2011

JALAN PULANGKU

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu..



Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC


Khamis, 7 April 2011

terima kasih dan m.....

terima kasih afiqah diatas tunjuk ajar membuat blog..tetapi maaf kerana jarang mengaplikasikannya...huhuhuu

-nant ada isi lebih kita masukkan iya..heee-