Sabtu, 24 Disember 2011

Munafik >1<

Bismillah..

alhamdulillah, dapat sesuatu drp pembacaan. Teringin nak kongsi...alkisah. Perselisihan antara kaum Musyrikin bangsa Quraisy kota Makkah dan kaum Yahudi kota Madinah dengan umat Islam sentiasa berlaku sebelum Islam mendapat kemenangan di kota Makkah, ketika inilah munculnya kaum Munafik(mereka yang mengatakan beriman semata-mata untuk melindungi diri. Sedang sebenarnya mereka berbohong dan menghalangi agama Allah).

Mereka yang munafik ini menjadi batu api dengan sengaja mencari jalan memecah belahkan hubungan antara dua kaum di atas dengan umat Islam ketika itu. Disebabkan mereka mengaku beragama Islam, susah bagi Nabi untuk ambik sebarang tindakan terhadap mereka. Walaupun Nabi tahu yang mereka lebih bahaya daripada golongan Musyrikin dan Yahudi. Diperingkat awal Nabi dan kaum Muslimin lain hanya berhati-hati namun dari masa ke semasa makin banyak fitnah dibuat sehingga menimbulkan kekacauan.

Maka untuk membongkor kebohongan golongan Munafik ini, Allah s.w.t telah menurunkan wahyu kepada Nabi s.a.w. dengan menerangkan ciri-ciri dan jenis-jenis orang munafik. Diringkaskan terdapat lima (5) jenis orang-orang munafik dan setiap satu ada menerangkan firman Allah terhadapnya. Iaitu;

p/s:erm...sendr nak lebih memahami dgn lanjut..insyaAllah kta sambung nanti...:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan