Rabu, 31 Oktober 2012

kesempatan untuk anggota...

Bismillah,

'SAHAJA AKU BERWUDUK KERANA ALLAH TAALA'

MUKA - Ya Allah ampunkan dosa-dosa mata dan mulutku yang melihat serta berkata bukan-bukan. Kau mudahkan mataku menerima/melihat perkara-perkara yang membuatkan diriku dekat kepadaMu. Kau bimbing mulutku untuk berkata-kata perkara yang manfaat. Kau bangkitkanlah aku diakhirat kelak dalam keadaan muka yang bercahaya Ya Allah.

TANGAN HINGGA KE SIKU - Ya Allah ampunkan dosa-dosa tanganku sekiranya ada melakukan perkara yang Engkau larang. Permudahkan tangan-tanganku mengerjakan kebajikan dan membuat kebaikkan agar dapat menbawa diriku kepadaMu Ya Allah.

RAMBUT/KEPALA - Ya Allah lindungi rambutku daripada disentuh dan dibakar api neraka Ya Allah.

TELINGA - Ampunkan dosa-dosa telingaku yang ada mendengar sesuatu yang membuat aku lalai dan berdosa kepadaMu Ya Allah. Engkau permudakan telingaku mendengar dan menerima perkara kebaikkan yang mendekatkan diriku kepadaMu.

KAKI - Ya Allah ampunkan dosa kedua kakiku jika pernah melakukan perkara yang Kau larang. Engkau dorong kakiku agar mudah ke tempat-tempat yang Kau redhai Ya Allah. Kau permudahkan juga ku melalui titian siratul mustaqim menuju ke syurgaMu Ya Allah.

amin..amin..amin..Ya Rabbalamin...wuduk yang sempurna seperti yang diketahui adalah salah satu syarat sah sembahyang. Wuduk juga boleh diibaratkan sebagai cara untuk mensuci dan menghapuskan dosa anggota badan atau jasad kita. Namun kaitan antara keduanya iaitu wuduk yang sempurna dan dapat mensucikan jasad hendaklah dilakukan dengan betul dan tertib serta khusyuk. Persoalannya, macam mana kita nak pastikan kita sentiasa khusyuk ketika mengambil wuduk?

Ini dia salah satu cara. Asalnya saya ada dengar tok dengan wan saya bersembang, lebih kurang tok tanya wan "bacaan apa yang elok kita baca masa ambil wuduk?" wan jawab senang ja..'macam yang saya tulis kat atas'. Hrmm.. Jasad sudah, macam mana pula dengan hati kita?? Jom jaga solat!!


TAMBAHAN;

sesetengah ulama ada menyebut, sesiapa yang menjaga solatnya maka Allah akan mengurniakan lima keistimewaan:
  • akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya
  • akan dihindarkan daripada azab kubur
  • akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan
  • akan melintas Titian Sirat sepantas kilat
  • akan memasuki syurga tanpa hisap. 
-dipetik drp mudahnya menjemput rezeki, Fathuri Salehuddin-

p/s: yang ringkas dan jelas pun xapa, saya panjangkan untuk bagi senang faham. Kenapa ya tiba-tiba cerita bab wuduk..? anggap ja, Terasa nak berkongsi :)