Khamis, 9 Februari 2012

DIA bernama HATI

Dia yang lebih memahami.
Jadi dia tahu baik buruk sesuatu untuk diri.
Itu sebab bila kita tersalah dia banyak ajukan soalan,
boleh ka?
betul ka?
Tandanya nak mengingatkan kita dan menjaga kebersihan dia.
Alhamdulillah bila kita ikut dia,
tapi masalah bila kita menafikan dia.
Sebenarnya setiap saat dia berfungsi,
tinggal kita ja nak ikut atau sebaliknya.
Sekarang dia tengah minta dan meronta sesuatu daripada saya,
minta untuk dibersihkan..sebab katanya dia tak suka pada kekotoran....:)

amboi macam lama ja tak berpost..hehe..yup..kita manusia memang tak akan lari dari buat kesilapan. Tapi tak pa, setiap masalah ada jalanya. Di situ berfungsinya hati, dia mendorong kita ke arah kebaikkan...dijaga dia dengan elok, lebih lagi kita terjaga...insyaAllah. Perlahan-lahan dan sama-sama kita berusaha. Makanya...hehe..kat sini ada sya kutip drp beberapa blogger, tips2 untuk membersihkan dia;

1. Berzikir dan dekat(baca) dengan al-Quran
2. Bersyukur dengan kurnian Tuhan
3. Beribadat dengan benar dan seikhlas hati
4. Berakhlak baik
5. Menimba ilmu tanpa henti
6. Bekerja keras dengan cara yang baik
7. Bersederhana dalam hidup
8. Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
9. Memaafkan orang lain

p/s: susah juga nak dapatkan tajuk cerita...:)