Khamis, 30 Januari 2014

JALAN-JALAN




HARI NI NAK JALAN-JALAN,
JALAN ZIARAH BLOG KAWAN2, 
JALAN TAMBAH PENGETAHUAN,
JALAN TAMBAH KENALAN,

                       
                                                                                                                                              >thxawk<

Rabu, 29 Januari 2014

Berita Baik lagi Berita Buruk...

Bismillahirrahmanirrahim,

Kejadian - sekitar kupang pasu/kota setar dan masuk sikitkk perlis 'arau'.
Waktu     - Awal 2014

Berita baiknya. Alhamdulillah sebulan ni bila keluar perasan dah ramai kakak2/adik2/mak cik2/tok2 yang dah menutup aurat. Pakai tudung litup, baju berlengan panjang. Sopan. Warna warni, belit sana sini. Anggun. Kesedaran yang menyejukkan mata, bersyukur kepada Yang Memberi Hidayah. Moga ini akan berterusan.


Berita buruknya. Juga sebulan ni keluar (ini bukan baru-tapi makin menjadi-jadi) teruk lagi beruk.. ORANG membuang sampah merata2. Berlaku didepan mata. Khusus yang sebulan ini=dalam kenderaan atas jalan. Tak ada malu kepada Tuhan!! apa sangat kat kita manusia. Bergerak atau jalan, tingkap dibuka dan barang-barang dilempar, kertas A4, air kotak, plastik, rokok, kulit buah limau. Bila si kecil melempar kita boleh salahkan yang tua. Tetapi bila yang tua yang melempar?? Umum=yang buang sampah baik ketika berjalan berseorangan atau berteman, di kedai makan, di lorong tepi jalan, habis kelas tambahan..bla..bla.. 

                                                                                                                >tqawk<

Jadi, yang kecil jangan disangka tak apa. Kerana itu juga dapat memberi pahala. Kerana itu pula yang melambangkan kita. Kerana itu juga pembawa bencana. Sekian.

p/s: Taksukapembuangsampahmerata2..!!