Khamis, 28 Jun 2012

cerialah wahai hati-hati

Bismillahirrahmanirrahim

..diam tak bermaksud dah xmau tulis, cumaaaaa...malas nak mencelah masa...huhu...apada!!
Alhamdulillah skrg nak mencurinya. Kali ni teringin nak kongsi bab..kita meminta DIA pasti memberi. Maka ceria la wahai hati-hati..hehe..okey2 kita serius..

Manusia secara fitrahnya mempunyai sifat tidak tenang, perasaan ingin meminta dan memerlukan tempat untuk bergantung. Dari sini setiap kali ada masalah atau di duga, pasti Allah S.W.T yang dicari. Dan kita sebagai hamba kena berusaha dan yakin apa yang kita minta pasti kan dimakbulkan. Dan biasanya, setiap doa yang kita pohon kepada Allah dimakbulkan dengan tiga pemberian oleh-Nya;

Pertama, Allah menganugerahkan ketenangan jiwa kepada si pemohon. Dengan ketenangan ini sesuatu perkara dapat dilakukan dengan baik. Berdoa lah kepada Allah, nescaya ketenangan kan diperolehi dalam diri walau hanya sedikit. Yakin k.

Kedua, lepas hadirnya rasa tenang dalam diri Allah mengilhamkan kepada pemohon jalan-jalan usaha dan jalan-jalan keluar untuk menyelesaikan masalah itu dengan usahanya. Dan Allah permudahkan setiap jalan keluar dan usaha si pemohon. Dan

Ketiga, kejayaan yang Allah anugerahkan kepada si pemohon doa hasil usaha bagi setiap jalan yang Allah ilhamkan kepadanya. Bila kita berusaha, insya-Allah kejayaan menjadi milik kita. Setiap masalah dapat diselesaikan dan setiap apa yang dihajati insya-Allah diperolehi.   

Ringkasnya, jangan putus asa untuk meminta. Dia pasti ada!! Sebenarnya ini antara isi di dalam 'Syahadah Gadis Ateis'. Cuma olahan tukar sikit,ikut ayat sendiri. Belum habis, masih dok baca teringin nak berkongsi..heee..banyak lagi sebenarnya isi2 yang bermanfaat. Sapa nak tau lebih, kena la cari dan beli sendiri..:)



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan