Selasa, 12 Julai 2011

highway to...?


Jalan yang lurus
jalan yang satu,
walau berliku,
walau berbatu,
seketika buntu
kembali dibantu,
pasti bertemu.
Jalan yang tak menentu
cabang beribu,
ego melulu,
makin keliru,
diri ditipu dan menipu
kelak sukar di lulus.

"..tunjukkan kami jalan yg lurus..iaitu jalan orang yang Engkau beri nikmat.." (Al-fatihah:6,7)
-aku, 120720110810pm-


Sabtu, 9 Julai 2011

Kunci Kata

Aku tidak punya kunci-kunci harta
tapi aku punya kunci-kunci kata.

Tidak tercapai tahap yang itu
bukan bererti tidak mahu.
Yang penting usahamu
kekalkan di situ biar beribu.
Pernah dengar tentang ajaibnya perkataan ini "semangat"?
Percaya diri lebih kuat dengan " " itu?
Saya percaya..sebab saya pernah dan masih menggunakannya.
Segelinap hidup hambakan pada Yang Maha Satu
tambahkan lagi...wajibkan didik diri dengan juga segelinap ilmu.

Pegang kunci-kunci kata, kita makhluk berjaya..insyaAllah

Jumaat, 24 Jun 2011

Contengan Jalanan


More to myself:

Ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah sebenarnya.

-ayat yg ak petik ni, ada beza sikit dari yg kita selalu dngr.."jgn kita buat ibadah semata-mata nak tunjuk kat org..sebab Allah yg nilai semua tu". Tapi sbnrnya ada jugak org yg sebaliknya. Sungguh. Ala-ala tak beribadah atau tak buat baik sebab takut riak dgn org keliling. Cuma renungkan kembali..urmm..buat ja baik tu, pasang niat semata2 nak beribadah. Kut ada hasutan2 tak berapa nak posotif..abaikan..kerana kita ada Dia yang satu yang akan menentu!!

Manusia lebih suka lihat apa yang dia mahu. Jika bukan kehendak, dibutakan aja mata daripada melihat walau yang benar itu depan mata.

-Ayat ni pula cerita sal seseorang yang mencari suatu jawapan atau kebenaran. Mencari jawapan untuk sesuatu yang dicari..namun bila dah jumpa jawapan dan jawapan bertentangan dengan kemahuan, mula butakan mata. Lebih kurang nak ngelak atau tak mau terima kenyataan..nops..terpulang. Sebaiknya jadi gini cepat2 la sedar diri!

Then after that your hearts were hardened and become as stone or even worse in hardness. And indeed there are stones out of which rivers gush forth, and indeed, there are of them (stones) which split asunder so that the water flows from them (stones) which fall down for fear of Allah. And Allah is not unaware of what you do. (al-Baqarah: 74)

-Yg ni pulak..firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 74, yang aku faham, ayat ni nak kita 'hamba Allah' renung2kan macam mana kerasnya batu dapat jadi lembut dan boleh pecah apatah lagi hati manusia yang dipegangNya.

Hanya sedikit dari Contengan Jalanan yang ak petik..mau tau lgi bnyk..cuba beli..cuba baca..wink!

p/s: Terima Kasih Allah beri kesempatan aku kenal karya2 dia 'Hlovate'. Ya AllahYang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa, dekatkan diri, mudahkan diri dan kekalkan diri ini dengan segala yang baik. Amin.

Rabu, 8 Jun 2011

SI TEMAN bernama TENANG

tenang menunjuk hala tuju

tenang membuat semuanya menjadi sederhana

tenang membuat hati senang

tenang membuat hati sentiasa menang

tenang juga mengajar mengenal yang SATU

tenang aku suka berteman dengan kamu

tenang datanglah selalu!!


p/s: Dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang..peace yo:)

Isnin, 16 Mei 2011

JALAN PULANGKU

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu..



Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC


Khamis, 7 April 2011

terima kasih dan m.....

terima kasih afiqah diatas tunjuk ajar membuat blog..tetapi maaf kerana jarang mengaplikasikannya...huhuhuu

-nant ada isi lebih kita masukkan iya..heee-

Selasa, 14 Disember 2010

terbuka...

..usik sana, usik sini tup2..terbuka..ha..ha..penah ada blog rupanya aku..huhu..