Selasa, 2 Ogos 2011

Apa mampu aku? Doakan..


"jangan biasakan apa yang kamu rasa biasa
sedangkan ia bukan sesuatu yang biasa"

Bismillah...perkara ni sebenarnya dah lma dan dah bersepah ak tengok, tapi hati lebih terdetik lepas tengok satu gmbr ni. Mungkin sebab gmbar tu adalah gmbr seorang kenalan yang boleh dkatakan rapat. Herrm..xtau nak ulas mcm mna cuma smpi hari ni wlupun situasi tu dah berlaku lebih dri tiga hri lepas, hati masih terusik. Btul la..xtau nk ulas..senang cerita, cuba jawab soalan2 kat bawah ni, fikir dan renungkan...

1. Kamu bukan pasangan yang sah, bolehkah kamu berpegang tangan?
2. Kamu bukan pasangan yang sah, bolehkah kamu berpelukan?
3. Kamu kata kamu cintai-Nya(Allah) dan kamu bencikan musuh(setan) Dia, tapi wajarkah kamu menerima apa yang disuruh musuh itu?

(markah xdak limit)

Macam ak ckp sebelum ini, hati jarang nk ambik kisah(mcm org dh jdikn satu kebiasaan)..tpi bila tgok org yang kita syg/kenal dgn baik buat sesuatu mengikut hukum akal dan bukan hukum Islam..tipu kalau tak terusik. Aku=iman yang ditahap ini, apa mampu aku? Doakan..insyaAllah.(Ya Allah kuatkan imanku menempuh segla, bila dipertemukan dengan mereka) ameen.

p/a:aku bukan stok bdk2 baik..aku cuma sygkan seorg teman. Mgkn ak xpernah lalui saat2 BAHAGIA mcm tu, terpulang nak kta ak kolot, terpulang nak kta ak minda tertutup..maka, terpulang juga masing2 nak ambik buat kefahaman. Tapi tolonglah ingat..who we are..prays, leave the forbidden, fast n many more..this is not about u'r religious or bad, but just because u'r a Muslim!! -3 ramadhan sudah-

Isnin, 25 Julai 2011

Prose mengenali HATI...


Diri bila melakukan yang tidak disukai hati,
akan membebani.
Dihujung pedalaman menanti penyesalan,
sukar membiasakan diri.
Berbeza bila melaksanakan sesuatu yang disukai hati.
Puas, gembira, suka, diterima segalanya.
Namun apa daya,
kerana diri sendiri kadang-kadang tidak dapat kenal pasti
apa yang disukai hati.
Maka, itu punca terbentuk "menyesal".
Tapi ketahuilah diri,
proses ini yang memandu kamu lebih kenali:
kenali diri..terutamanya kenali hati!

p/s:zikir antara sahabat karib hati yang boleh memandu!
aku~~hati yang mahu 'tergendala' kini seperti terbuka...

Selasa, 12 Julai 2011

highway to...?


Jalan yang lurus
jalan yang satu,
walau berliku,
walau berbatu,
seketika buntu
kembali dibantu,
pasti bertemu.
Jalan yang tak menentu
cabang beribu,
ego melulu,
makin keliru,
diri ditipu dan menipu
kelak sukar di lulus.

"..tunjukkan kami jalan yg lurus..iaitu jalan orang yang Engkau beri nikmat.." (Al-fatihah:6,7)
-aku, 120720110810pm-


Sabtu, 9 Julai 2011

Kunci Kata

Aku tidak punya kunci-kunci harta
tapi aku punya kunci-kunci kata.

Tidak tercapai tahap yang itu
bukan bererti tidak mahu.
Yang penting usahamu
kekalkan di situ biar beribu.
Pernah dengar tentang ajaibnya perkataan ini "semangat"?
Percaya diri lebih kuat dengan " " itu?
Saya percaya..sebab saya pernah dan masih menggunakannya.
Segelinap hidup hambakan pada Yang Maha Satu
tambahkan lagi...wajibkan didik diri dengan juga segelinap ilmu.

Pegang kunci-kunci kata, kita makhluk berjaya..insyaAllah

Jumaat, 24 Jun 2011

Contengan Jalanan


More to myself:

Ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah sebenarnya.

-ayat yg ak petik ni, ada beza sikit dari yg kita selalu dngr.."jgn kita buat ibadah semata-mata nak tunjuk kat org..sebab Allah yg nilai semua tu". Tapi sbnrnya ada jugak org yg sebaliknya. Sungguh. Ala-ala tak beribadah atau tak buat baik sebab takut riak dgn org keliling. Cuma renungkan kembali..urmm..buat ja baik tu, pasang niat semata2 nak beribadah. Kut ada hasutan2 tak berapa nak posotif..abaikan..kerana kita ada Dia yang satu yang akan menentu!!

Manusia lebih suka lihat apa yang dia mahu. Jika bukan kehendak, dibutakan aja mata daripada melihat walau yang benar itu depan mata.

-Ayat ni pula cerita sal seseorang yang mencari suatu jawapan atau kebenaran. Mencari jawapan untuk sesuatu yang dicari..namun bila dah jumpa jawapan dan jawapan bertentangan dengan kemahuan, mula butakan mata. Lebih kurang nak ngelak atau tak mau terima kenyataan..nops..terpulang. Sebaiknya jadi gini cepat2 la sedar diri!

Then after that your hearts were hardened and become as stone or even worse in hardness. And indeed there are stones out of which rivers gush forth, and indeed, there are of them (stones) which split asunder so that the water flows from them (stones) which fall down for fear of Allah. And Allah is not unaware of what you do. (al-Baqarah: 74)

-Yg ni pulak..firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 74, yang aku faham, ayat ni nak kita 'hamba Allah' renung2kan macam mana kerasnya batu dapat jadi lembut dan boleh pecah apatah lagi hati manusia yang dipegangNya.

Hanya sedikit dari Contengan Jalanan yang ak petik..mau tau lgi bnyk..cuba beli..cuba baca..wink!

p/s: Terima Kasih Allah beri kesempatan aku kenal karya2 dia 'Hlovate'. Ya AllahYang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa, dekatkan diri, mudahkan diri dan kekalkan diri ini dengan segala yang baik. Amin.

Rabu, 8 Jun 2011

SI TEMAN bernama TENANG

tenang menunjuk hala tuju

tenang membuat semuanya menjadi sederhana

tenang membuat hati senang

tenang membuat hati sentiasa menang

tenang juga mengajar mengenal yang SATU

tenang aku suka berteman dengan kamu

tenang datanglah selalu!!


p/s: Dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang..peace yo:)

Isnin, 16 Mei 2011

JALAN PULANGKU

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu..



Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC