Isnin, 19 September 2011

minta anak pada bapa...(^_^)

abah nak p bandung hri isnin ni...nk jln cri buku..
=hah..ini dia msa yg dtunggu..
bah, buku kat sna murah2 kan? kirim iya..
=xsabar mau dpt itu-itu...hehe

FROM:
TO:

Message body

asslamualaikum abah..

ni benda yg d.jat nk kirim..
1)buku Edensor "laskar pelangi 3"
2)sebelas patriot (buku andrea hirata tebru)
3)cd @ dvd 'sang pemimpi'

tu ja..hehe..tima kasih bah..selamat jalan.:x lovestruck

Ahad, 18 September 2011

love for men

suatu perkara tidak dijangka,
membuat kau membuka mata,
membuat kau berfikir semula,
membuat kau lebih waspada,
membuat kau belajar bersedia. 

saya: buat apa mlm2 duduk kat luar ni?
I: thinking
saya: fikir apa?
I: can we talk about love tonight?
saya: huh..boleh..kau dah cukup besar apa. Erm..tapi tak dak benda penting lain dah ka awk nak sembang tentang??huhu
I: why..doesn't love also important in our life?
saya: tak lah..xpa2..trskan..nak cerita cinta apa,bnyk cabangnya tu
I: love for men...

Tiada angin masakan pokok bergoyang, mengaku ada isu berbangkit. Kebetulan komitmen diri yang kini tak seberapa, semacam bagi ruang cenderung utk memikir. Salah satu ciri cinta itu sendiri "takut"..takut dengan harapan cinta tak dikembali, takut dengan pengakhiran cerita, takut tiada keyakinan dalam diri, takut ada yang tak setia, takut keraguan memakan diri. Akhirnya setelah dihitung;

cinta itu luas,
cinta itu mahal berharga,
cinta itu indah,
ada cinta terbentuknya alam dan kita,
dengan cinta tersebar bahagia ceria,
tetapi itu semua tidak bermakna jika..
tidak kena dengan cara dan kepada yang sepatutnya!

Maka..maaf cinta, aku mungkin dah lama terbuka. Tapi aku belum bersedia...

p/s: DIA sentiasa mencintai kau tanpa bersyarat..!! 


     

Ahad, 11 September 2011

Hamba si peminta yang hina...

Bismillah...

Ya Allah Maha mendengar lagi Maha melihat

keyakinan aku punya tahap tersendiri

aku mungkin tidak berani menyahut cabaran terlalu tinggi

aku juga bukan yang bercita-cita besar

fantasi minda sendiri tidak terjangkau dek melampau

usaha, diri sendiri usaha termampu

amat sederhana hidup yang diimpi

ringkas, sedikit aja permintaan aku untuk sekeliling isi bumi

tapiiii..untuk kehidupan selesa di sana dengan menjaga hubungan sesama isi..

Ya Allah

permintaan kepada-Mu tidak terhingga

memang tinggi

usaha tidak berbelah bahagi boleh aku beri..(dengan izin Kamu)

kepercayaan tahap maksima aku serahkan

cita-cita aku memang besar untuk ini

ini kerana aku terlalu yakin:

yakin aku menjalankan tugas meminta

minta Engkau berikan,

peranan aku berusaha

terima apa Engkau tentukan.


p/s: insan bernama kekasih by unic keudara...:)

-ingat dia untuk Dia


Jumaat, 26 Ogos 2011

Penghayatan dari sudut ini...

Bismillah....

ermm..hermm...dlm apa2 hal bab pembukaan ni la selalu gagal..hehe..dah puasa ke brapa iya? brapa hri lagi nak raya ni? Bru berksmptn postkn sesuatu tanda ingatan..iya..iya ja..haha. Alhamdulillah, gembira dengan kesempatan yang diberi..sekali lagi ramadhan yang menyenang & menenangkan. Penghayatan dari sudut yg ak mksudkn ialah dari sudut hiburan..aii..bukan hiburan yang melalaikan no..hiburan yang menginsafkan..insyaAllah. Boleh dikatakan kaki tv jugak ak ni..kalau tak dak apa yg penting nk dbuat, tv aja yg dlayan. Kena dgn tema ramadan, cerita2 yg dtygkn pon bnyk berunsur dakwah. Alhamdulillah ada dua (2) cerita/drama/filem yg sempat ak tgk. Pengajaran & peringatan yg nak dsmpikan mmg ada. Dua cerita yg ak mksdkn 1)100 Hari 2)Ramadhan terakhir. Kira ok la..siap ada niat dalam hati "kalau ada kesempatan nak tgk lagi"..heee...sinopsisnya secra ringkas:


1) 100 Hari, drama TV1. Mengisahkan dua individu berbeza yang mengharungi hari2 iaitu 100 hari sebelum kematian. Di mana seorg meninggl dunia dalam keadaan beriman, seorg lagi dalam keadaan xsmpt bertaubat. Juga dikaitkan dengan tanda-tanda 100 hari sblum kematian. Sangat menginsafkan....!! -gmbq xdak..hehe..teraju utma, Zul Huzaimy, Redzuan Hashim, Maria Farida n Melissa Saila.

Info Tambahan:
  • 100 Hari sbelum MAUT menjemput:
Akan bergetar kaki dan tangan lepas waktu Asar. Klu diizinkan Allah, yg mgalaminya akan sedar petanda ini.

  • 40 Hari sebelum MAUT menjemput:
Akan bdenyut-denyut pusat selepas waktu Asar. Daun hayat sudah dsambut malaikat maut, Izrail. Ketika itu, Izrail akan mgikut si empunya 'daun hayat' ke mana-mana sahaja. Kadang-kala Izrail akan menampakkan dirinya dalam keadan kita yg sedar atau tidak. Bingung.

  • 7 Hari sebelum MAUT menjemput:
Menjadi terlalu berselera utk makan sedangkn sebelum ini, dia seakan-akan tak hirau akan waktu makannya.

  • 3 Hari sebelum MAUT menjemput:
Dahinya berdenyut,mata hitam sudah tak bersinar. Telinganya seperti dah layu, hujungnya seakan-akan termasuk sedikit ke dalam.

  • 1 Hari sebelum MAUT menjemput:
Denyutan di sebelah belakang ubun-ubun sesudah Asar. Itu petanda dia takkan bertemu Asar yang keesokan harinya.


2)
Ramadhan terakhir, ditayangkan dTV3. Kisah seorang anak yg sakit n berusaha memulihkn keadaan keluargyg jauh tersimpang dri agama terutma emaknya. Ramadan terakhir utk wtk utm sbab satu syawal dia xsmpt beraya dgn family yg lain lepas sempt pulihkn
keadaan family dia. Sedih...endingnya beauty...


p/s:Yang baik jadi teladan, yang buruk jadi sempadan...insyaAllah. 5/9 coming soon=Keimanan cinta-Final Destinasion 5 pn blum smpt tgk lagi..heee...

Selasa, 2 Ogos 2011

Apa mampu aku? Doakan..


"jangan biasakan apa yang kamu rasa biasa
sedangkan ia bukan sesuatu yang biasa"

Bismillah...perkara ni sebenarnya dah lma dan dah bersepah ak tengok, tapi hati lebih terdetik lepas tengok satu gmbr ni. Mungkin sebab gmbar tu adalah gmbr seorang kenalan yang boleh dkatakan rapat. Herrm..xtau nak ulas mcm mna cuma smpi hari ni wlupun situasi tu dah berlaku lebih dri tiga hri lepas, hati masih terusik. Btul la..xtau nk ulas..senang cerita, cuba jawab soalan2 kat bawah ni, fikir dan renungkan...

1. Kamu bukan pasangan yang sah, bolehkah kamu berpegang tangan?
2. Kamu bukan pasangan yang sah, bolehkah kamu berpelukan?
3. Kamu kata kamu cintai-Nya(Allah) dan kamu bencikan musuh(setan) Dia, tapi wajarkah kamu menerima apa yang disuruh musuh itu?

(markah xdak limit)

Macam ak ckp sebelum ini, hati jarang nk ambik kisah(mcm org dh jdikn satu kebiasaan)..tpi bila tgok org yang kita syg/kenal dgn baik buat sesuatu mengikut hukum akal dan bukan hukum Islam..tipu kalau tak terusik. Aku=iman yang ditahap ini, apa mampu aku? Doakan..insyaAllah.(Ya Allah kuatkan imanku menempuh segla, bila dipertemukan dengan mereka) ameen.

p/a:aku bukan stok bdk2 baik..aku cuma sygkan seorg teman. Mgkn ak xpernah lalui saat2 BAHAGIA mcm tu, terpulang nak kta ak kolot, terpulang nak kta ak minda tertutup..maka, terpulang juga masing2 nak ambik buat kefahaman. Tapi tolonglah ingat..who we are..prays, leave the forbidden, fast n many more..this is not about u'r religious or bad, but just because u'r a Muslim!! -3 ramadhan sudah-

Isnin, 25 Julai 2011

Prose mengenali HATI...


Diri bila melakukan yang tidak disukai hati,
akan membebani.
Dihujung pedalaman menanti penyesalan,
sukar membiasakan diri.
Berbeza bila melaksanakan sesuatu yang disukai hati.
Puas, gembira, suka, diterima segalanya.
Namun apa daya,
kerana diri sendiri kadang-kadang tidak dapat kenal pasti
apa yang disukai hati.
Maka, itu punca terbentuk "menyesal".
Tapi ketahuilah diri,
proses ini yang memandu kamu lebih kenali:
kenali diri..terutamanya kenali hati!

p/s:zikir antara sahabat karib hati yang boleh memandu!
aku~~hati yang mahu 'tergendala' kini seperti terbuka...

Selasa, 12 Julai 2011

highway to...?


Jalan yang lurus
jalan yang satu,
walau berliku,
walau berbatu,
seketika buntu
kembali dibantu,
pasti bertemu.
Jalan yang tak menentu
cabang beribu,
ego melulu,
makin keliru,
diri ditipu dan menipu
kelak sukar di lulus.

"..tunjukkan kami jalan yg lurus..iaitu jalan orang yang Engkau beri nikmat.." (Al-fatihah:6,7)
-aku, 120720110810pm-