Agak tak penat..heee..jadi nak berkongsi..sopotong ayat dari surah Al-Isra'. Ayat yang membuat saya tersentuh bila membacanya, ayat ringkas yang mendalam maknanya;
"Dan katakanlah (Muhammad), ya Tuhanku, masukkan aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku.*" (17: 80)
*Memohon kepada Allah agar kita memasuki suatu ibadah dan selesai daripadanya dengan niat yang baik dan penuh keikhlasan serta bersih dari ria dan dari sesuatu yang merosakkan pahala. Ayat ini juga mengisyaratkan kepada Nabi agar berhijrah dari Mekah ke Madinah. Dan ada juga yang menafsirkan memohon kepada Allah agar kita memasuki kubur dengan baik dan keluar daripadanya ketika hari berbangkit dengan baik pula.
Boleh juga amal dibuat doa..
p/s: saya nak jadi baik (^_^)..baik macam mana tu? Good Muslim la..
A : eh..nak lari ke mana?
B : ke mana-mana aja yang jauhhhhh dari sini..ke tempat yang tak ada siapa peduli
A : macam mana dengan tanggungjawab kamu kat sini...dah selesai?
B : ha...tanggungjawab!! tanggungjawab apa?
A : tanggungjawab sebagai pelajar?
B : ah..aku dah lama tamat sekolah!
A : isteri dan anak-anak?
B : aku tak penah kawin, macam mana nak dapat anak...
A : tanggungjawab dengan keluarga dan sanak saudara pula?
B : keluarga?? Ah..aku dah tak dak sapa2..
A : masyarakat...kamu tak nak tunaikan tanggungjawab kamu sebagai seorang masyarakat?
B : haha..masyarakat..masyarakat...
A : kenapa kamu ketawa?
B : buat apa aku nak kisah kat mereka yang tak pernah pedulikan aku..tiada siapa yang pernah peduli kan aku..kau faham?
A : kamu silap..ada..ada yang peduli dan memerhatikan kamu...
B : siapa?? siapa??
A : Allah yang satu. Dan macam mana tanggungjawab kamu kepada-Nya??
kita yang nak lari ke mana...Ya Allah ampunkan aku.
grow up man..plz think about ur mom, dad, family n especially for ur'self..!!
biru : tak kisah la hampa nak kata apa... yang penting kami kekal
hijau : apa sebenarnya yang hampa nak perjuangkan?
biru : macam-macam..melayu..perpaduan..keamanan
putih : wah..mulia tu. Hijau macam mana?
hijau : insyaAllah..lagi mulia daripada tu
putih : insyaAllah. jadi biru, masih tak mau bagi peluang?
biru : jangan harap! Macam la baik sangat. kami dah lama pegang..ingat senang-senang nak bagi. Silap-silap tak membangun nanti
hijau : apa yang tak membangunnya? hampa..depa-depa..negara?
biru : mesti la negara
hijau : negara la sangat!
biru : apa maksud hampa kata macam tu ha?
putih : cukup-cukup tak payah dok kelai(berkelahi).
biru : putih hampa tak payah dok masuk campoq!
hijau : hampa ni putih, hampa habaq, hampa nak sokong dia ka hampa nak sokong kami! putih : la..? kami kalau boleh nak sokong dua-dua. erm..biaq kami berterus-terang..kami sebenaqnya teringinkan demokrasi yang sebenaqnya. Keputusan yang adil, suara dan keputusan kami diambil tanpa diseleweng. Sekarang hampa pegang, bila kami rasa nak perubahan yang lebih baik, kami bagi pula peluang depa pegang. Lepas tu kami nilai..bagus kami kekal, sebaliknya kami tukaq. Bertukaq untuk kebaikan kami, tak susah kan? biru : putih nak perubahan konon..perubahan kan kami yang buat..!! putih : tu la hampa, tak percaya kat kami..kata kami didahulukan, kami yang menentukan keputusan, tapi... hijau : jadi putih...yeee...putih sokong kami..!! putih : putih tak kata putih sokong biru..eh..hijau....!! =sekadar melepaskan keinginan,tapi tak semua pendapat sama kan..doa terbaik untuk kita semua. Eerrrmmm...
Ada dengar Prof. Dr. Muhaya kat Ikim..dia cakap "kita
jangan tengok orang/situasi skeliling kita dan cuba cari kesalahan, tapi
balik kepada diri sendiri. Sentiasa la berdoa agar kebaikkan sentiasa
datang kepada kita, positifkan sesuatu keadaan. Setiap yang Allah s.w.t
tetapkan untuk kita sebenarnya adalah yang terbaik." Lepas dengar ni la
ak mula amalkan"
>>Ya Allah temukan aku dengan orang-orang yang baik, yang dapat membimbing, mengajar dan membawa aku terus menerus kepada perkara yang bermanfaat agar dapat membuka ruang untuk diri menjadi insan yang lebih baik.
dua seminggu lepas
sing in Y.T, ada satu channel yang dirakemenkan dekat aku. Dua tiga kali juga pandang, tapi tak terasa nak buka.
minggu lepas
hari ini sing in lagi dan channel yg dirakemenkan tu masih ada. Baru terasa nak tengok, siapa la dia ni? kenapa selalu ja naik dan dirakemenkan dekat channel aku? dan mula dari hari ini..satu demi satu..lagi..dan lagi... Owh..vblogger tu mcm ni..bagus, cara penyampaian pendapat@suara yang lebih santai dan moden. Macam ni gayanya, banyak perkara bole ak hadam...hee
kelmarin
masih lagi tengok...nak tau channel apa...'IniAnwarHadi, matluthfi90, aimanazlan90, samad n lain2 yang sama dengannya'.
semalam
sebelum mata terlelap, masa memuhasabah diri. Tiba-tiba, baru ingat doa sejak tiga minggu lepas. Ya Allah Kau makbulkan doa aku.
sekarang
ak sekarang keja dekat farmasi, dah nak setahun juga. Iya, macam2 benda/perkara baru yang aku belajar. Dari tak tau apa itu paracetamol..now i even know 'antibiotics'. Alhamdulillah. Tapi perasaan nk belajar atau nak tahu perkara baru tu tak habis2 dok ganggu. Farmasi, like another shops, sometime many customers came and sometime very 'the' silence lorr...and for the silence part, i just try to manage my time to be a good one. Selalunya ak baca buku..yes, this is the time.
me with aina n arisa@farmsi
But..yes..still 'but'..masih dok fikir apa lgi perkara bru yg ak bole belajar
@tahu, bermanfaat ak lakukan bila ada masa terluang. Dan sejak tiga minggu tu la aku selalu doa 'seperti diatas'. Pasal vblogger ini, ak anggap Allah s.w.t makbulkan lagi doa aku. Selain berjumpa dengan orang-orang baik disekeliling, sekarang berjumpa pula dgn satu lagi perkara bru yg bermanfaat, benda baru yg bagi kepuasan. Iya la..xpenah terasa nk tgk channel2 orang cakap sorang2 ni. Walau tak buka, but stil vidoe matlutfi tu ada ja kat senarai rakemen tertunggu2 nk disuruh buka..Alhamdulillah.
untuk sapa2 yg terbaca entry ak ni..cuba2 la jenguk;
drees for success, muslim style!
lalang
okey..finish already, okey..siap2..dah pukul 12, masuk keja pukul 1 kan. Orang-orang baik tengah menunggu...'good bye'..assalamualaikum.
p/s: ya..saya tahu..saya ketinggalan lagi. Better than never..right?
...tapi mengharaplah lebih kepada diri sendiri. Ya...
"Ayah dia tok imam..tapi tengok la..dia pakai baju, seluar ketat juga"
"Mak pakai tudung labuh..tapi anak dia tak pakai tudung juga"
"Suami dia mufti negeri... tapi isteri dia rilex ja..keluar rumah pun tak jaga aurat"
"Ayah dia pengetua sekolah agama...tapi anak dia pakai seluar nampak lutut juga"
dan..lagi...lagi...lagi...apa yang kita harapkan sebenarnya?? Ketahuilah "iman tak dapat diwarisi". Iya saya sendiri penah tertanya-tanya kenapa iya jadi macam tu? macam mana boleh, sedangkan..? Alhamdulillah saya dapat kesedaran lebih awal. Tapi kawan-kawan yg masih tertanya-tanya dan kadang timbul pula..
"Keluarga ustaz tu sendiri macam-macam. Tak kan kita nak hormat dia"
"Ala..macam baik sangat, jaga la anak dia dulu"
bla..bla..bla.. Selagi seseorang itu memberi kita tunjuk ajar, nasihat yang betul, mengajak ke arah kebenaran..ikut. Jangan disebabkan anak/isteri/saudara yang membuat salah kita katakan dia juga bersalah (kecuali kita tahu yang dia tak berusaha membimbing keluarganya). Sebab jawapannya "iman memang tak dapat diwarisi". Subahanallah.."Ya Allah jadikan diri kami lebih peka dengan perkara yang membuatkan kami makin menjauh dengan-Mu" -amin-
Apa yang penting, kita yang melihat jangan asyik persoalkan tapi jadikan renungan buat muhasabah diri sendiri. Senang cerita "kalau awak boleh tegur, maksudnya awak dah tahu kesalahan tertentu itu...tengok dalam diri..adakah masih ada kesalahan itu??" atau pilih tegur terus berhadapan atau doakan!! Astaghfirullah..."Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami sekiranya ada terdetik rasa buruk sangka kepada saudara kami, berilah hidayah-Mu kepada saudara-saudara kami yang lalai" -amin-
p/s: "Dia pemimpin kita, kata nak membangunkan negara Islam...tapi isterinya...."..ermm....
Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta
Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta
Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan
Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia… cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya
Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)
Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta
Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta
Tajuk Nasyid : Dengan KuasaMu
Artis : Nur One
Album : Kau Terhebat
Saya memang bila dah suka satu2 lagu tu, nak dengar dan dengar dan dengar sampai dah xmau dengar(tapi selalunya tetap dengar) dan ini salah satu, terdengar nada dering seseorang..sedap. Muzik n liriknya pun bagus...meh letak sini xpayah susah2 nk buka Y.T dah.