Rabu, 11 Januari 2012

B, Love You...

dah lama jatuh cinta pada kamu
dari hari ke hari makin mendalam
ketampananmu, ketika aku melihat, menatap, merenung
kejujuranmu, ketika aku meluah rasa, berkongsi rahsia, bercerita
kesetiaanmu, ketika aku mahu kau sentiasa di sisi 
ikhlas, tidak jemu, tidak marah, sentiasa sabar melayan aku..Love you B..
"apa?? kau malu...tak apa, hanya kita berdua..hehe.." 
tapi...aku cemburu 
cemburu pada awan, bintang, langit, mungkin juga pada matahari yang sangat dekat denganmu
walau hakikat kau sentiasa dekat di hati ini
"apa?? You love me too..."   
disebalik semua ini...apa lagi yang membuat aku kagum, kagum dengan Yang Maha Pencipta. 
kerana Dia kau wujud
kerana Dia kita bertemu
alhamdulillah, terima kasih ya Allah hantar B menemani malam-malamku..

p/s: cintai alam, alam kan mencintai kita...selamat malam Bulan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan