Rabu, 31 Oktober 2012

kesempatan untuk anggota...

Bismillah,

'SAHAJA AKU BERWUDUK KERANA ALLAH TAALA'

MUKA - Ya Allah ampunkan dosa-dosa mata dan mulutku yang melihat serta berkata bukan-bukan. Kau mudahkan mataku menerima/melihat perkara-perkara yang membuatkan diriku dekat kepadaMu. Kau bimbing mulutku untuk berkata-kata perkara yang manfaat. Kau bangkitkanlah aku diakhirat kelak dalam keadaan muka yang bercahaya Ya Allah.

TANGAN HINGGA KE SIKU - Ya Allah ampunkan dosa-dosa tanganku sekiranya ada melakukan perkara yang Engkau larang. Permudahkan tangan-tanganku mengerjakan kebajikan dan membuat kebaikkan agar dapat menbawa diriku kepadaMu Ya Allah.

RAMBUT/KEPALA - Ya Allah lindungi rambutku daripada disentuh dan dibakar api neraka Ya Allah.

TELINGA - Ampunkan dosa-dosa telingaku yang ada mendengar sesuatu yang membuat aku lalai dan berdosa kepadaMu Ya Allah. Engkau permudakan telingaku mendengar dan menerima perkara kebaikkan yang mendekatkan diriku kepadaMu.

KAKI - Ya Allah ampunkan dosa kedua kakiku jika pernah melakukan perkara yang Kau larang. Engkau dorong kakiku agar mudah ke tempat-tempat yang Kau redhai Ya Allah. Kau permudahkan juga ku melalui titian siratul mustaqim menuju ke syurgaMu Ya Allah.

amin..amin..amin..Ya Rabbalamin...wuduk yang sempurna seperti yang diketahui adalah salah satu syarat sah sembahyang. Wuduk juga boleh diibaratkan sebagai cara untuk mensuci dan menghapuskan dosa anggota badan atau jasad kita. Namun kaitan antara keduanya iaitu wuduk yang sempurna dan dapat mensucikan jasad hendaklah dilakukan dengan betul dan tertib serta khusyuk. Persoalannya, macam mana kita nak pastikan kita sentiasa khusyuk ketika mengambil wuduk?

Ini dia salah satu cara. Asalnya saya ada dengar tok dengan wan saya bersembang, lebih kurang tok tanya wan "bacaan apa yang elok kita baca masa ambil wuduk?" wan jawab senang ja..'macam yang saya tulis kat atas'. Hrmm.. Jasad sudah, macam mana pula dengan hati kita?? Jom jaga solat!!


TAMBAHAN;

sesetengah ulama ada menyebut, sesiapa yang menjaga solatnya maka Allah akan mengurniakan lima keistimewaan:
  • akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya
  • akan dihindarkan daripada azab kubur
  • akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan
  • akan melintas Titian Sirat sepantas kilat
  • akan memasuki syurga tanpa hisap. 
-dipetik drp mudahnya menjemput rezeki, Fathuri Salehuddin-

p/s: yang ringkas dan jelas pun xapa, saya panjangkan untuk bagi senang faham. Kenapa ya tiba-tiba cerita bab wuduk..? anggap ja, Terasa nak berkongsi :)




Isnin, 15 Oktober 2012

..ku tahu ku adaMu..


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu

Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan




>we'r not alone my friend's!!<

Rabu, 12 September 2012

women in the house..

Bismillahirahmanirrahim...

Sekali dengar rasa n tumpang risau, tapi bila dah dua cerita sama yang keluar mula timbul prihatin. Cerita apa iya? Wanita dan kesihatan, ya..nak tulis berkaitan kesihatan pula kali ni. Khusus berkaitan alahan sebelum dan semasa 'datang bulan'. Alahan normal yang selalu kita(women ja tau) dengar atau diri sendiri rasa, mungkin sengugut, lenguh-lenguh pinggang/ tulang belakang n rasa sakit di bahagia brest. Berbeza dengan dua cerita kawan-kawan saya yang agak luar biasa dan boleh mendatangkan bahaya;

Kisah satu, rakan niaga..
Akak ni selsema..merah padam muka dia, berair ja mata. Nak sembang pun macam letih ja. Kesian ak tengok. Tanya dia "akak kenapa? sehari dua ni sya tengok macam tak sihat ja."..Dia jawab.."owh..akak memang macam ni. Tanda nak mai bulan". Owh..ok.."Memang macam ni ka setiap kali...teruk ja saya tengok", "Ya, cuma kadang-kadang okey..tapi bila dah rasa macam ni memang letih satu badan dibuatnya. Nak buat kerja pun mau tak mau ja"...(errm..dugaann).

Kisah dua, pesakit kat farmasi..
Yang ni juga hampir sama..cuma.."Mak cik tak kerja hari ni?" "Dak..m.cik tak larat..sakit kepala" dan aku teruskan bertanya..."dah berapa hari sakit ni, memang ada migrain??" m.cik jawab, "bru hari ni, m.cik dah biasa. Tanda nak mai bulan."...aku (reaksi yang sama) "owh..memang macam tu...berapa hari akan rasa pening macam ni?"..m.cik jawab panjang " ya...itu la, badan tak tahan..sementara nak mai ja, lepas tu makin kurang sakit. Pening aja xpa, ini rasa mual nak muntah..bau2 yang pelik2 pn xtahan. Kadang-kadang pening sangat sampai pitam. Pernah jadi sebelum ni kat luar..jenuh orang dok angkat. Ni yang m.cik risau..kena mai cari ubat juga."...ok.." bla..bla.."

Itu ceritanya...errmm..risau kan..dan kebetulan saya ada tanya kat depa ada stress atau pikir macam2 ka n ada jaga makan idak?..depa jawab.."banyak fikir, makan..kami makan ja apa2 ja"..saya xdapat tolong banyak, sekadar mendengar, bagi nasihat n ubat. Semuanya terpulang pada empunya diri untuk berhati-hati dan jaga diri. Jadi untuk kawan-kawan wanita lain yang ada alami simpton macam ni atau lain-lain lagi, jaga@buat persiapan diri, jaga pemakanan dan yang penting sabar dengan dugaan ni. Sakit tu tanda Allah sayangkan kita, nak bagi kita pahala berlipat ganda (^_^) insyaAllah.

p/s: saya pun sayangkan awak..sungguh!! so take care k. Kat bawah saya sempat kutip nasihat daripada pakar sakit puan Hamid Arshat, berkaitan beberapa langkah mengawal kesihatan wanita..selamat mengikuti ;


Beberapa langkah untuk mengawal kesihatan wanita
1 Program Pendidikan Kesihatan Wanita
Program Pendidikan Kesihatan Wanita adalah sangat penting dan ini sedang giat dilakukan secara berterusan oleh kerajaanmelalui media-media elektronik.Pihak swasta melalui pertubuhan-pertubuhan sukarela, syarikat-syarikat media cetak juga menerbitkan bahan-bahan pendidikan kesihatan wanita, serta menganjurkan bengkel, seminar, forumdan lain-lain.Pendedahan terhadap maklumat kesihatan dan penyakit yang berkaitan dengan wanita adalah sangat penting dan perlu di ulang siaran atau penyebarannya.
Tahap pengetahuan tentang penjagaan kesihatan di kalangan wanita Malaysia adalahtinggi, namun apa yang menyedihkan ialah sikap dan amalan kesihatan dan jagaan penyakit yang masih kurang.Pengetahuan tentang kesihatan dan penyakit mestilah disusuli dengan tindakan-tindakan untuk mencegah penyakit, mendapat rawatan awal, kunjungan ke klinik atau hospital mengikut jadual.Di samping itu wanita mesti bersedia untuk membelanjakan wang untuk menjaga kesihatan serta merawat penyakit.
2 Amalan pemakanan
Pemakanan adalah penting bagi menentukan kesihatan seseorang wanita khususnya di waktu-waktu tertentu seperti ketika hamil, waktu pantang,menyusukan bayi, dan selepas menopause.Makanan yang seimbang dalam kandungan karbohidrat, protin, minyak dan lemak, gula dan vitamin serta logam adalah penting untuk penjagaan kesihatan tubuh dan mental.
Wanita yang bijak pandai memilih sumber makanan yang murah harganyatetapi berkhasiat tinggi.Mereka juga bijak untuk mencegah zat-zat vitamin daripada musnah ketika dalam proses pemasakan dan penyajian.Vitamin-vitamin B mudah musnah akibat dari suhu panas yang tinggi.
Wanita juga perlu mengawal pemakanan suami kerana makanan yang tidak seimbang dan tidak terkawal boleh menimbulkan berbagai-bagai jenis penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung, kencing manis, angin ahmar dan lain-lain.Makanan kanak-kanak dan remaja juga perlu dijaga kerana tabiat makanan mereka mudah dipengaruhi oleh iklan-iklan TV dan media lain.Akhirnyha timbullah masalah seperti “hyperactivity” dikalangan kanak-kanak yang mungkin disebabkan oleh terlalu banyak makanan sampingan segera yang terlalu tinggi kandungan logam dan perisa dan pengawet.“Obesity” di kalangan remaja juga adalah satu gejala iklan pemakanan segera ala barat. Para ibu perlu mengawasi unsur-unsur ini tidak mempengaruhi tabiat makanan anak-anak mereka.
3 Riadah dan gerak tubuh
Ekoran dari pekerjaan wanita yang tertumpu di pejabat, wanita kurang melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan gerak tubuh yang kuat.Akibatnya lebihan makanan karbohaidret dan gula yang biasanya menjadi sumber tenaga akan berhimpun dalam badan sebagai lemak.
Kekurangan gerak tubuh dan riadah juga menyebabkan timbunan laktik asid dalam otot-otot, sendi-sendi dan ligamen yang akhirnya menimbulkan berbagai penyakit.
Kehamilan dan kelahiran juga menyebabkan kekenduran pada otot dan ligamen perut dan lantai punggung di sekeliling peranakan.Kekenduran ini boleh dipulihkan dengan gerak tubuh yang aktif serta riadah.
Malangnya hanya sedikit sahaja wanita yang benar-benar melakukan exercise gerak tubuh dan riadah.Mereka mempunyai berbagai alasan untuk tidak berbuat demikian.
4 Menangkis tekanan jiwa atau stress
Tekanan emosi atau jiwa merupakan satu faktor terkini dalam kejadian berbagai jenis penyakit seperti migraine, gastric, darah tinggi, lemah-jantung dan lain-lain.Malah seribu satu jenis penyakit boleh timbul akibat daripada tekanan emosi dan jiwa.Tekanan emosi dan mental ini boleh berlaku di mana-mana seperti di sekitaran rumah dan keluarga, di jalan-raya, di tempat-tempat kerja, di gedung-gedung beli-belah dan lain-lain.Oleh itu kita perlu mempunyai daya tahan atau kaedah sendiri untuk menjauhkan serta menangkis segala tekanan dan serangan mental.Ketahanan mental untuk menangkis stress boleh dibentukpada setiap wanita melalui disiplin diri, akhlak yang baik, personaliti yang tegas,amalan- amalan ugama yang boleh membentuk kita sebagai seseorang yang beriman dan bertaqwa, sifat tawaduq dan merendah-diri dan boleh berkompromi dan bertolak-ansur dalam suatu keadaan yang kritikal.
Kebanyakan daripada kesan tekanan mental dan emosi timbul akibat daripada kelemahan iman kita yang seterusnya menyebabkan penyakit jiwa, diantaranyasifat-sifat tamak, riak atau bangga diri, sombong dan angkuh, keras hati dan pemarah dan suka melayani kehendak nafsu dan syahwat tanpa batasan.Tekanan mental dan emosi dan penyakit rohani akan seterusnya menimbulkan berbagai penyakit fizikal seperti darah tinggi, serangan jantung, ulcer, kencing manis, angin ahmar dan lain-lain.

Ahad, 5 Ogos 2012

...Tinggalkan Masa Depan Sampai Ia Datang Sendiri...

Bismillah...

Suka ayat yang satu tu. Sebab saya ada sikap yang satu ni 'fikir akan sesuatu dengan kadar yang berlebihan..huhu'.

(bukan masa ni ja..memang sebelum ni pn ak dah suka fikir. Alhamdulillah jumpa penawar)
Imbau sebelum terjumpa penawar;
Satu waktu, yang agak panjang..ak ada fikir something. Hari ke hari dok fikir dan persoalan yang aku pikir tu tak lain berkaitan perkara yang akan datang...apa akan jadi? macam mana ya? betul ka macam ni?(macam apa ja kan). Kebetulan ak pula' bukan jenis nk kongsi cerita kalau perkara tu tak dak kena mengena@faedah utk sapa2.

Dengan takdir dan kasih sayang-Nya satu hari kat sebuah kedai buku..tengah aku tengok2 buku yang sesuai, terjumpa dengan judul "30 Jalan Kebahagian karya Dr. Abdullah Aidh Al-Qarn"...dan alhamdulillah tergerak hati nak baca isi/sub-sub topik dalamnya. Masa ni la aku terjumpa dengan sub topik "Tinggalkan Masa Depan Sampai Ia Datang Sendiri". Aku baca sampai habis dan cuba fahami apa yang nak disampaikan. Lepas faham, rasa terkena dengan diri...ha..sekarang aku dah faham n rasa2nya boleh tangani sikap yang satu tu..insya-Allah.

Aku ringkaskan sal sub topik yang ak bca;
-Hari esok, hari yang tak pasti apa kan terjadi kat kita. Hari yang belum wujud/Ghaib
-Berfikir perkara akan datang memberi kesempatan seluas-luasnya kepada akal untuk membuka perkara yang ghaib. Contoh, berangan-angan dan terlalu mengharap.
-Lagi-lagi kalau yang berandaian hari esoknya akan membawa kesengsaraan kat diri. Maka kesengsaraan la yang dia tunggu
-Lagi satu yang penting, kita tak tahu sama ada kita masih diberi peluang bernafas untuk hari esok
-Jadi, setiap hari buat yang terbaik dan berserah kepada Allah s.w.t. Perbaiki diri dan jangan berandai-andaian tentang hari esok.

p/s:salam ramadhan untuk kawan2 semuslim...dah sampai pertengahan, apa la baru nak ucap..hehe

 

Khamis, 28 Jun 2012

cerialah wahai hati-hati

Bismillahirrahmanirrahim

..diam tak bermaksud dah xmau tulis, cumaaaaa...malas nak mencelah masa...huhu...apada!!
Alhamdulillah skrg nak mencurinya. Kali ni teringin nak kongsi bab..kita meminta DIA pasti memberi. Maka ceria la wahai hati-hati..hehe..okey2 kita serius..

Manusia secara fitrahnya mempunyai sifat tidak tenang, perasaan ingin meminta dan memerlukan tempat untuk bergantung. Dari sini setiap kali ada masalah atau di duga, pasti Allah S.W.T yang dicari. Dan kita sebagai hamba kena berusaha dan yakin apa yang kita minta pasti kan dimakbulkan. Dan biasanya, setiap doa yang kita pohon kepada Allah dimakbulkan dengan tiga pemberian oleh-Nya;

Pertama, Allah menganugerahkan ketenangan jiwa kepada si pemohon. Dengan ketenangan ini sesuatu perkara dapat dilakukan dengan baik. Berdoa lah kepada Allah, nescaya ketenangan kan diperolehi dalam diri walau hanya sedikit. Yakin k.

Kedua, lepas hadirnya rasa tenang dalam diri Allah mengilhamkan kepada pemohon jalan-jalan usaha dan jalan-jalan keluar untuk menyelesaikan masalah itu dengan usahanya. Dan Allah permudahkan setiap jalan keluar dan usaha si pemohon. Dan

Ketiga, kejayaan yang Allah anugerahkan kepada si pemohon doa hasil usaha bagi setiap jalan yang Allah ilhamkan kepadanya. Bila kita berusaha, insya-Allah kejayaan menjadi milik kita. Setiap masalah dapat diselesaikan dan setiap apa yang dihajati insya-Allah diperolehi.   

Ringkasnya, jangan putus asa untuk meminta. Dia pasti ada!! Sebenarnya ini antara isi di dalam 'Syahadah Gadis Ateis'. Cuma olahan tukar sikit,ikut ayat sendiri. Belum habis, masih dok baca teringin nak berkongsi..heee..banyak lagi sebenarnya isi2 yang bermanfaat. Sapa nak tau lebih, kena la cari dan beli sendiri..:)



 

Rabu, 27 Jun 2012

mencintai-Mu lebih daripada yang lain

Bismillahirahmanirrahim...



Macam biasa, seringkas mungkin nak kongsi (sy mmg la tersngt malas nk berpanjangn..*_*) apa yg dirasa. Kita kadang-kadang terleka. Bahkan ada yang terhanyut terus. Segenapnya (dunia) sering mengheret yang lemah (termasuk hamba) ke suatu lembah..lembah kelalaian di mana kita terlalu mencintai dan menghargai yang dicipta berbanding PENCIPTA. Ya, mungkin kadang-kadang kita tak sedar..tapi bila tersedar cepat2 la minta keampunan. Moga apa yang kita lakukan mendapat keredhaan-Nya. insya-Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Dan barang siapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."
(Al-Munafiqun : 9)

Ya Allah, jauhi kami daripada terlalu memikir akan keduniaan. Ya Rab Maha mendengar lagi Maha melihat, berikan kami kekusyukan terutama ketika mengharap pengakhiran..amin. Aku mencintai kamu2 kerana Allah. insya-Allah.

Khamis, 12 April 2012

The Message

Betul bagai dikata, baca dan faham antra tips mudah untuk mengingati sesuatu perkara. Tapi bagi aku, baca, faham dan ditambah gambaran atau situasi sesuatu perkara itu lagi mudah untuk diingati...:). Contoh berkaitan sirah para anbiya terutama berkaitan tarikh, nama sesuatu kejadian, tempat, siapa yang terlibat & ln2.


Baru-baru ni aku sempat me.non.ton "The Message"@TV Hijrah..(^_^) Iaitu filem yang berkisar tentang Nabi Muhammad S.A.W dan sejarah awal penyebaran/kedatangan Islam yang dibawa baginda bersama para sahabat. Alhamdulillah senang nak ingat, nama-nama para sahabat yang terlibat, musuh-musuh yang menentang,  tarikh atau kejadian perang yang berlaku sepanjang penyebaran, tempat-tempat terlibat dan sebagainya. Memang dah baca semuanya, namun manusia biasa mcm sa.ya. mudah lupa..heee. Ringkasnya lepas tgk cerita ni, agak lumayan sebab saya dapat ingat watak-watak dan sbginya seperti yang disebut ^ dengan baik. Lagi satu saya juga dapat bayangkan keadaan/situasi sejarah dengan lebih jelas walaupun mungkin tidak seperti yg asal. Sya tetap puas. Tamat.      


p/s: Bestnya jika dapat tengok lebih banyak filem2 macam2 ni...:)