Jumaat, 20 Januari 2012

Sahabat yag diduga..

Bismillah..
ada bersembang dengan seorang kawan baik dalam telefon..dia kongsi atau lebih tepat minta nasihat berkaitan apa yg dialami. Lepas habis cakap, ak dok fikir..."alangkah bagus dia berfikir sebelum bertindak"...alkisah:

Difitnah, dikhianati lelaki yenag pernah menjadi buah hati. Huh..boleh tahan geramkan..lebih khusus, fb dia kena ceroboh n memang macam2 bdk tak boleh terima kenyataan tu buat..smpi dah tahap bengong jgk la..huhu..aku org terawal dia call, sambil nangis2.."jat mcm mna ni, aku nak buat apa...rmi org tephon tnya kenapa aku jdi mcm ni(fb dia ada tulis n gmbr pelik2), aku malu la"..ha tudia..apa lagi bole buat..report sudah, nak delete..agak mustahil. Aku sebagai kawan, bole nasihat n cuba apa2 yg termampu ja, nak marah mmg tak wajib la time2 tu wlupun thu ada jugak salah dbahagian dia..huhu..apa pn sbgai kwn msa ni, sokongan n apa pn tindakan dia buat mmg kena susul. Saudara, kenalan2 dlm fb..bukan sorang dua..lebih dri 200org tu..kesian memang kesian..kita percaya memang tak salah, yang masalah bila terlalu cepat memberi kepercayaan dekat orang kita tak kenal..erm..memang ditakdirkan dan dugaan utk dia..apa2 pun kita kena percaya pasti ada hikmah disebaliknya. Ya Allah permudahkan segalanya..

Dia kata jga.."kenapa aku selalu jadi mcm ni(kebetulan dia bru selesikn satu lgi masalah..juga cinta)..susah sngt nak jadi baik". Cerita ni, bukan takat cerita ja..harap aku, n kamu2 yg bca jadikan tauladan. Ini cara dugaan yg dihadapi kawan ak, pelbagai lagi cara lain ada...yang pasti..sentiasa ukur jarak diri dengan Ilahi. Ingat nikmat dan kasih sayang-Nya yang tak berperi..senang susah kita Allah sentiasa di sisi. Nak buat sesuatu, bukan cukup pendapat kita ja..pendapat-Nya yang lagi perlu. Doakan moga kawan ak sabar, tabah hadapi semua ni dan harap semuanya dapat dselesaikn dengan cepat..dengan cara yang baik..ameen




p/s: di mana ada cinta kepada yang Agung, di situ pasti ada harapan...

Sabtu, 14 Januari 2012

lagu

pelbagai genre dalam satu list..yg paling gemar dimainkan. Pengubah mood daripada biasa ke hiper...


Thank You Allah by Raihan
Sang Pemimpi by Gigi
Ranjau Berduri by Nowseeheart
Why Did I Fall In Love With You by DBSK
 Sampai Syurga by Faizal Tahir
A Song For Mama by Boys II Men
Haru Haru by Big Bang
Freedom by Maher Zain
Binnabil Huda by Unic
Janjiku by Sofaz
Beautiful by Beast 


Dari satu segi, seni menyempurnakan apa yang tidak boleh dijelaskan oleh alam semesta, di segi yang lain ia meniru alam semesta (Aristotle).

p/s: final's coming...

Rabu, 11 Januari 2012

B, Love You...

dah lama jatuh cinta pada kamu
dari hari ke hari makin mendalam
ketampananmu, ketika aku melihat, menatap, merenung
kejujuranmu, ketika aku meluah rasa, berkongsi rahsia, bercerita
kesetiaanmu, ketika aku mahu kau sentiasa di sisi 
ikhlas, tidak jemu, tidak marah, sentiasa sabar melayan aku..Love you B..
"apa?? kau malu...tak apa, hanya kita berdua..hehe.." 
tapi...aku cemburu 
cemburu pada awan, bintang, langit, mungkin juga pada matahari yang sangat dekat denganmu
walau hakikat kau sentiasa dekat di hati ini
"apa?? You love me too..."   
disebalik semua ini...apa lagi yang membuat aku kagum, kagum dengan Yang Maha Pencipta. 
kerana Dia kau wujud
kerana Dia kita bertemu
alhamdulillah, terima kasih ya Allah hantar B menemani malam-malamku..

p/s: cintai alam, alam kan mencintai kita...selamat malam Bulan...

Isnin, 9 Januari 2012

harap belum lambat ucap...

..ucap selamat datang kepada 2012...:)

sejahtera 2012, alhamdulillah berkesempatan kita jumpa..moga dapat berkongsi cerita, membina kejayaan, berkongsi suka dan duka bersama-sama...buku baru bermula...


"Masa membawa pergi segala-galanya, apa sahaja, termasuk fikiran kita (Virgil)."                                                                                              


Sabtu, 24 Disember 2011

Hala tuju




Hari2 berlalu,
kisah dulu yang pernah berlaku selamanyakan berterus
terus selagi matlamat hantu dipatuh  
terus selagi ada mereka bertopeng menjadi babu
selagi ada mereka yang punya hala tuju satu...
yang beranggapan akhir lagi satu..tidak wujud!!
Aku..manusia yang juga kasihkan manusia
sangat benci melihat kekejaman tidak tentu pasal.
mereka gila...aku kata...siapa setuju? 
Jika setuju..doakan mereka yg tertindas
mintakan mereka menindas mendapat balas.
Tapi bila ingat satu ini..lega hati
ya..kerana kan sampai hari itu..
hari penentu
hari kemenangan yang akan diraikan.
Moga kita sentiasa dibimbing dan bertemu pada hari itu saudaraku
AMEEN 


p/s: mood, Bumi Anbia...kredit utk video & lagu datas..

Munafik >1<

Bismillah..

alhamdulillah, dapat sesuatu drp pembacaan. Teringin nak kongsi...alkisah. Perselisihan antara kaum Musyrikin bangsa Quraisy kota Makkah dan kaum Yahudi kota Madinah dengan umat Islam sentiasa berlaku sebelum Islam mendapat kemenangan di kota Makkah, ketika inilah munculnya kaum Munafik(mereka yang mengatakan beriman semata-mata untuk melindungi diri. Sedang sebenarnya mereka berbohong dan menghalangi agama Allah).

Mereka yang munafik ini menjadi batu api dengan sengaja mencari jalan memecah belahkan hubungan antara dua kaum di atas dengan umat Islam ketika itu. Disebabkan mereka mengaku beragama Islam, susah bagi Nabi untuk ambik sebarang tindakan terhadap mereka. Walaupun Nabi tahu yang mereka lebih bahaya daripada golongan Musyrikin dan Yahudi. Diperingkat awal Nabi dan kaum Muslimin lain hanya berhati-hati namun dari masa ke semasa makin banyak fitnah dibuat sehingga menimbulkan kekacauan.

Maka untuk membongkor kebohongan golongan Munafik ini, Allah s.w.t telah menurunkan wahyu kepada Nabi s.a.w. dengan menerangkan ciri-ciri dan jenis-jenis orang munafik. Diringkaskan terdapat lima (5) jenis orang-orang munafik dan setiap satu ada menerangkan firman Allah terhadapnya. Iaitu;

p/s:erm...sendr nak lebih memahami dgn lanjut..insyaAllah kta sambung nanti...:)

Ahad, 11 Disember 2011

Kami dan 'Korban Kasih'..

Bismillah...

minat/suka...kami(satu keluarga)..kepada korban kasih(novel)...hehe..bukan minat biasa,mmg berbekas di dada..kihkih...mak, kakak2, abang awal lgi dah baca..klu xslp, ak dting 5 bru diperkenalkan.

Masa dulu2,
Aku: nak baca buku apa ya?
Mak: baca buku ni (smbl menunjukkn buku Korban Kasih), seronok..mak dah baca bnyk kali buku ni dan setiap kali baca, mesti keluaq air mata..
Aku: huih..cerita apa ni??

Jadi..mula la siri pembacaan ak...beberapa hari..hbs bca...dengan bangga mengumumkan,
Aku: dah habis bca..mmg best..d.jat suka..imah, jalil, jamil, mak dia tu...bla..bla..bca la..(perasan dri sendri ja yg bru bca)
Kakak 1: alah..dah baca pon..k.ummu suka buku tu..sedih
Kakak 2: k.na pon dah bca la..yg cerita kembaq tu kan..yg emak dia pilih kasih tu..seronok
Aku: .......iya ka.....
Abang: (tak ingt komennya)...hihi

Belum putus asa..adik-adik mesti belum baca..nah, berjaya. Apa kata yg lepas baca,
Adik1: Adi dah baca...nangis la jugak...huhu
Adik-adik lain...ermm..masih dok promote...heeee

Dalam situasi lain tentang Korban Kasih,
Jiran Tetangga;
Mak: mak ada cerita kat Mak Teh Bedah pasai buku ni..dok kata syok2 kat dia..last2 dia minta nk pjnm..dia baca..tpi lps hbs dia kata kat mak.."ak xngiau pon, mcm mna hg kta sampi ngiau2. tpi syok la"..
Kami: mak teh ni, mmg xfeel langsung la..heee
Kamar beradu;
Aku: mesti best kalau cerita korban kasih tu diadaptasi jadi drama ka, filem ka...
Kakak 1: ha..betul..sapa ya yang sesuai berlakon..
Kakak 2: erm..jalil kta bagi ako mustapha..jamil plak yang belakon certa tu..bla..bla..
Aku: ala..jalil bagi rusdy ramli la(minat sgt dia msa tu)....ako mustapa bru bagi jamil..
Kakak 1: mak dia...ha..wan maimunah..hehe..imah..kena pilih yg mcm nmpk kg2 la..
Kakak 2: ayah dia plak...bla..bla..
Aku: cerita betul ka tu ha? macam nak jumpa ja penulis dia..kita tanya mcm2..
ha..tudia..berlanjutan sampi smpt jgk seluruh keluarga tu kami bgi suaikan..akhirny salah seorg kta.."dah la tu, tidoq la..mcm senang ja..penulis dia dok mna ja"..haha..ingat2 balik, mcm lawak ja..

Kalau ingat cerita2 kat atas mungkin keluar di awal atau lepas ak dgn yg lain hbs bca ja..tak..sampai skrg..bila topik korban kasih keluar..msing2 nak cerita, nk bg pandangan..btul..hee..Sedih, gembira, geram, macam2 rsa masa bca. Dari mula hingga habis, excited tu sentiasa ada. Macam mna jalil bersabar dgn emaknya, bayangan watak jamil yg sempurna, positif yg membw semua berjya, jalil tinggalkn rumah, imah yg dikacau dan bertemu jodoh, bang ngah yg digeruni, maknya rindu dgn ayah dan jalil, hingga jalil bwa balik dua kegembiraan, atok dan kejayaan serta bnyk lagi. Ini dia sinopsisnya;



Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni."


p/s: ha..kakak ipar ak pun ada jugak terlibat..tapiiii..tak tau la dia dah dpt hbskn ke blum pembacaan tu...haha..sbbny hero dgn heroin sentasa nk djga..

Perkara lain yang berlaku hari ini utk diingati (13/12/11@17 Muharram 1433):
-Al-Fatihah untuk Tam N (Ismail bin Isa) yg pulang ke sisi maha Esa.
-Pertabalan raja kedah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.