Jumaat, 29 Julai 2016

Korea 1 - Kisah T-Money


Bismillah.

Berkongsi pengalaman saya ke Korea Selatan. Lebih kurang 'throwback' selepas enam bulan lalu berkesempatan ke sana. Menetap seminggu tak melepaskan saya mengenali budaya, kehidupan masyarakat orang Korea. Bukan sekadar perkongsian sebenarnya, saya sendiri nak tinggalkan catatan untuk dibaca di kemudian hari. Saya lepaskan satu-satu yang terlintas dulu insya Allah. Moga pengalaman saya ke Korea yang masih tersisa dalam ingatan dapat diterjemah ke bentuk penulisan.

Kisah T-Money ni cerita pasal pengalaman kali pertama saya menggunakan pengangkutan awam Korea. Sempat naik bas dan subway. Perjalanan kali ni nak ke Hankuk Universiti.


Ini kad yang digunakan dalam sistem pengangkutan awam di Seoul, Korea. Kad warna oren untuk perjalanan satu hala dan yang colourful sikit kad T-money yang boleh digunakan untuk semua perjalanan. Lebih kurang kad Touch n Go di Malaysia. Tapi lebih ramai yang menggunakan kad T-money. Naik pengangkutan awam di sini mula-mula ja nampak keliru tapi bila dah faham rasa memudahkan sangat.

Jalan-jalan di Seoul naik subway(keretapi bawah tanah) dan bas lebih jimat, mudah dan efisyen. Hanya beli kad T-money, tambah nilai untuk ke sesuatu destinasi (mesin tambah nilai ada di setiap station subway) dan boleh digunakan sampai bila-bila. Banyak dijual di kedai-kedai serbaneka. Kad T-Money boleh digunakan untuk kedua-dua perkhidmatan subway dan bas. 9 line subway yang ada juga mudah dan cepat membawa kita betul-betul ke destinasi yang dituju.
Okey..dah sampai ke destinasi, Hankuk University of Foreign Studies



Moga berjumpa dalam kisah seterusnya dengan cerita yang lebih detail. P/s, khilaf bila saya buat semua catatan dalam telefon bimbit dan tak sempat tulis dalam buku buat back up. Sampai tanah air, telefon bimbit tak berfungsi dan zupp...semua hilang! Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan