Selasa, 18 September 2018
Nikmatnya Sakit Bersalin - Isyah Radhiah Idris
Bismillah.
Alhamdulillah. Perkongsian yang sangat membantu. Baca buku ni waktu kandungan baru sebulan dan sekarang dah tak lama. Insya-Allah. Tiga kali khatam dalam masa ni (sekarang pun masih selak-selak untuk jadikan panduan).
Rasanya majoriti dalam kalangan yang nak dapat cahaya mata sulung mesti ada rasa gementar nak hadapi saat-saat bersalin. Apatah lagi bila dengar cerita yang macam-macam versi dari saudara atau kenalan. Terutamanya takut untuk bersalin normal. Jadi pelbagai sumber, cerita, tip-tip dicari untuk memudahkan proses bila sampai masanya nanti.
Saya cadangkan kawan-kawan untuk baca buku ni. Perkongsian positif di dalamnya seperti bagi kekuatan kepada saya nak hadapi 'saat getir paling bahagia'. Terutamanya bersalin secara normal. Penulis menceritakan hari-hari ketika mengandung, sampai waktu tanda nak bersalin, saat mendebarkan nak bersalin hingga bayi selamat dilahirkan. Penulis yang melahirkan sembilan (9) orang anak secara normal ini memberi tip di setiap situasi. Selain itu penulis juga berkongsi kelebihan bersalin normal dan tip-tip penjagaan lain selepas bersalin. Doa-doa amalan seperti dari sebelum mengandung, semasa mengandung, sewaktu akan bersalin, selepas selamat bersalin dan semasa menyusui anak turut ada dikongsikan.
Bagus dibaca oleh suami dan isteri untuk sama-sama buat persediaan menyambut cahaya mata. (suami saya siap buat nota dia sendiri..hehe). Insya-Allah sama-sama mendapat maanfat.
Moga anak dalam kandungan dan saya mudah dan selamat bila sampai masanya nanti. Amin.
p/s; Mak saya lahirkan 11 orang anak secara normal dan ramai juga yang lahir di rumah..hehe. Cuma belum buat buku ja..kihkih..
Jumaat, 5 Januari 2018
Pulang
Bimillahirahmirahim..
Jumaat datang dan berlalu lagi. Satu ungkapan wajib yang patut disebut 'alhamdulillah'..'alhamdulillah'..'alhamdulillah'...
Jumaat kali ni. Bersyukur masih dapat hirup udara, masih ada atas muka bumi bersama yang tersayang dan yang paling penting dapat mengisi masa setiap saat dengan berkualiti. InsyaAllah.
Dah berapa lama tak aktif. Dah pelbagai cerita terjadi. Nak usaha mulakan balik!
Jumaat datang dan berlalu lagi. Satu ungkapan wajib yang patut disebut 'alhamdulillah'..'alhamdulillah'..'alhamdulillah'...
Jumaat kali ni. Bersyukur masih dapat hirup udara, masih ada atas muka bumi bersama yang tersayang dan yang paling penting dapat mengisi masa setiap saat dengan berkualiti. InsyaAllah.
Dah berapa lama tak aktif. Dah pelbagai cerita terjadi. Nak usaha mulakan balik!
Isnin, 12 Jun 2017
Kahwin
Bismillah,
Assalamualaikum.
Saya dah kahwin !! okey, dah awat@kenapa? Ha.Ha. Tak da, Saja nak habaq!
#alhamdulillah.
Khalifah tanggungjawabnya menjaga amanat Allah swt. Termasuk dalam perkahwinan. Berusaha membina rumah tangga dengan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. Ikut sunnah Nabi, buat yang disukai Ilahi.
#insyaAllah
Peringatan untuk diri, Ramadhan 1438.
Assalamualaikum.
Saya dah kahwin !! okey, dah awat@kenapa? Ha.Ha. Tak da, Saja nak habaq!
#alhamdulillah.
Khalifah tanggungjawabnya menjaga amanat Allah swt. Termasuk dalam perkahwinan. Berusaha membina rumah tangga dengan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. Ikut sunnah Nabi, buat yang disukai Ilahi.
#insyaAllah
Peringatan untuk diri, Ramadhan 1438.
Jumaat, 5 Mei 2017
Melawan Yang Mustahil-Ruhaini Matdarin
Bismillah,
Review
buku ITBM, Kumpulan Cerpen.
(Melawan
Yang Mustahil)
Ini
antara buku ITBM terawal yang saya mula baca. Saya suka membaca waktu
lapang. Kadang ada buku berat yang perlu saya habiskan perlahan-lahan
untuk faham. Berhenti dan cari waktu yang sesuai untuk khatam. Waktu
berhenti tu la selalunya saya akan ambil bacaan santai lain dan juga
jadikan peneman di bawa ke mana-mana. Tidak berat, tidak besar dan tidak
tebal. Buku koleksi cerita pendek dan novel ITBM antara yang jadi
pilihan. Saya pilih buku-buku ITBM juga kerana pengisian di dalamnya
bersifat informasi dan memberi manfaat.
Kumpulan
cerpen bertajuk ‘Melawan Yang Mustahil’ yang juga 'Pemenang Pertama Cerpen 2013' karya Ruhaini Matdarin mengandungi 10 koleksi cerpen. Karya penulis yang berasal dari Kota
Kinabalu, Sabah ini membuka mata saya untuk memilih dan memiliki
lebih banyak kolesksi cerita pendek ITBM terutama karya-karyanya. Penulis juga pernah memenangi beberapa anugerah antaranya tempat kedua 'Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008' kategori novel menerusi buku Jendela dan 'Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011' menerusi buku Waris Pejuang. Daripada 10 cerita pendek yang termuat saya ambil tiga untuk di buat review.
(Pencari
Kotak)
1-
Cerpen ini menceritakan watak seorang lelaki tua pencari kotak yang
menjumpai wang ketika mencari kotak dan mengalami dilema sama ada
menyerahkan wang tersebut kepada pihak berkuasa atau diambil sahaja.
Namun, apabila terkenangkan pesanan arwah isterinya “Allah sentiasa
menyaksikan segalanya” beliau mengambil keputusan menyerahkan wang
tersebut. Masa terus berjalan dan kehidupan susah yang pernah dialami
lelaki tua semakin baik serta anak-anak yang sudah bekerja mampu
menambung hidup namun lelaki tua tetap dengan kebiasaan masa
silamnya. Mencari kotak, kerana beliau berasa puas dengan hasil titik
peluh sendiri dan kerana di situ mengingatkan beliau kepada arwah
isterinya. Maruah dengan bisikan syaitan waktu diduga memang susah
nak dibeza. Benteng agama memainkan peranan penting untuk seseorang membuat keputusan. Dalam cerpen ni Pn. Ruhaini Matdarin
memilih agama dan maruah, meninggalkan kesan baik dan pengajaran kepada
pembaca.
(Mantan
Jaguh Pecut dan Tukang Kasut)
2-
Cerpen kedua saya memilih cerita berlatar belakangkan sukan atau
larian. Kesempitan hidup membuat dua watak utama saling membantu.
Seorang menunjukkan jalan dan sokongan dan seorang lagi berusaha
menjadikan cita-cita suatu kenyataan. Mantan jaguh pecut kembali
bersemangat menyertai larian setelah di dorong tukang kasut. Mantan
jaguh pecut bukan sekadar memburu impian tetapi melihat impian
sebagai satu peluang. Peluang memperbaiki taraf hidup keluarganya
yang dihimpit susah. Peluang yang datang digunakan sebaiknya. Mantan
pelari pecut berusaha dan berjaya di pusingan kelayakan. Berjaya
membawa kebahagian kepada keluarganya. Mantan pelari pecut berjaya
menggunakan sekali 'peluang' untuk mengubah peluang depan yang
berkali-kali. Matlamat untuk menggembirakan orang menjadikan diri
kita manusia yang tamak. Tamak yang berguna. Penulis sampaikan kepada
pembaca bahawa kesempitan hidup buat seseorang menjadi kuat dan
berani melawan kesukaran.
(Melawan
Yang Tak Mustahil)
3-
Melawan yang tak mustahil mengisahkan pertemuan tidak sengaja seorang
wanita melayu dan seorang jejaka siam di dalam pesawat. Ada
kesefahaman pada pertemuan pertama yang mengikat kedua-duanya untuk
lebih saling mengenali. Namun atas perbezaan bangsa dan agama ia
menerbitkan keraguan pada hubungan yang bakal dicipta. Tapi tiada apa
yang mustahil bila berani mencuba. Mencuba memberi peluang walau
negara berlainan, walau bangsa tidak sama dan walau agama berbeza. Persiapan rapi bersedia lapang dada memahami dan menghormati adat turut memberi harapan. Penulis mengakhiri cerita ini dengan menggantungkan penutup dengan berserah kepada masa.
Lebih
kepada review seorang pembaca saya kira. Saya suka semua
cerita pendek dalam ‘Melawan Yang Mustahil’ karya Pn. Ruhaini.
Kisah kehidupan di sekeliling kita diolah menjadi cerita di mana
awalnya kita nampak perkara tu macam biasa realitinya yang mengalami
kadang lebih menghargai dan memahami erti kehidupan. Mengupas tentang
harta, kuasa, kemajuan, bangsa dan agama. Membaca setiap cerita, di
akhirnya mesti buat saya terdiam berfikir, insaf dan sedar.
Alhamdulillah saya dapat manfaat dari pembacaan ni. Tujuan Puan
menyampaikan pengajaran melalui tulisan buat saya terkesan dan saya rasa pembaca yang lain juga.
05052017@Kajang
Jumaat, 2 Disember 2016
ILHAM UNTUK PELUPA
Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum.
Apa yang pelupanya?
"Dan jangan sekali-kali kamu menyatakan terhadap sesuatu: "sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi!
Kecuali (dengan menyebut): 'insyaAllah'. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: 'mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk yang lebih baik dekat kepada kebenaranNya daripada ini'."
(Al-Kahf :23&24)
Saya la pelupa tu!
Penyakit lupa ni makin menjadi bila makin dewasa. Eh..saya tak makan kepala ikan k! Saya kena remain tulis dalam buku atau smartphone apa yang kena buat. Kalau handphone, walet tertinggal mana-mana tu macam dah biasa. Baru-baru ni sampai satu tahap saya terlupa satu benda yang sangat penting dan saya kena terima akibatnya. Ermm..ini tak yah cerita la ya. Haha.
Alhamdulillah, pagi ni sempat baca surah Kahf, sampai terjemahan ayat 23 dan 24 rasa macam lain ja, macam dapat jawapan daripada Allah. Ulang dan ulang. Betul la cakap alim ulama, bila rasa runsing buka Al-Quran, kita akan temui jawapan. Subahanallah. InsyaAllah mulai sekarang boleh amalkan doa dalam ayat 24 surah Kahf ni. Ayat ini sebenarnya nak mengingatkan kita betapa pentingnya ucapan 'insyaAllah', betapa pentingnya kebergantungan kita hampa kepada Pencipta sebelum melakukan sesuatu perkara.
Minggu lepas berhenti tunggu lampu nak hijau dekat salah satu lampu isyarat di jitra. Sambil dengar radio dan tengah hayati, terkejut tiba-tiba ada seorang pak cik beruniform rela berhenti sebelah kereta. Tangan tunjuk -tunjuk saya sambil cakap sesuatu. Saya yang tak faham terus turunkan cermin kereta dan tanya, "ya cik ada apa-apa ka dekat kereta saya?" ... "Tak da..tu tali pinggang lupa nak pakai ka." ... Muka malu, sambil pakai perasan orang keliling tengah tengok. "Owh..okey2.." ... "Jangan marah pak cik ya, nak peringat ja. Sekarang kalau kena saman mahal tu" ... "Eh..dak, terima kasih pak cik ingatkan". Sampai hari ni ingat muka pak cik rela yang manis berhelmet merah gigi atas dua batang tak ada. Hehe.
Yang ni tak lupa sebenarnya, tapi habit 'sengaja'. Saya rasa pak cik tak betul-betul risaukan saya, sebab kalau betul-betul dia risau mest dia pesan dekat saya "Jangan marah pak cik ya, nak peringat ja. Bahaya kalau jadi apa-apa tu."..huhu
Ilham-ilham dari Allah ni kadang mungkin tak sampai waktu kita bermimpi atau turun dekat diri sendiri tapi boleh jadi melalui orang-orang keliling.
**Menurut riwayat, beberapa orang Quraisy bertanya Nabi Muhammad saw tentang roh, kisah ashabul-Kahfi dan Zulqarnain, lalu baginda menjawab "Datanglah esok pagi agar aku ceritakan." Dan baginda tidak ucapkan insyaAllah (jika Allah mengkehendaki). Ternyata keesokannya wahyu tentang hal tersebut tidak datang. Sehingga nabi saw tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut. Maka turunlah ayat 23-24 di atas sebagai pelajaran kepada Nabi Muhammad saw apabila lupa mengucapkan insyaAllah.
Alhamdulillah, ada juga buah tangan tahun 2016.
**Penjelasan ayat.
Jumaat, 29 Julai 2016
Korea 1 - Kisah T-Money
Bismillah.
Berkongsi pengalaman saya ke Korea Selatan. Lebih kurang 'throwback' selepas enam bulan lalu berkesempatan ke sana. Menetap seminggu tak melepaskan saya mengenali budaya, kehidupan masyarakat orang Korea. Bukan sekadar perkongsian sebenarnya, saya sendiri nak tinggalkan catatan untuk dibaca di kemudian hari. Saya lepaskan satu-satu yang terlintas dulu insya Allah. Moga pengalaman saya ke Korea yang masih tersisa dalam ingatan dapat diterjemah ke bentuk penulisan.
Kisah T-Money ni cerita pasal pengalaman kali pertama saya menggunakan pengangkutan awam Korea. Sempat naik bas dan subway. Perjalanan kali ni nak ke Hankuk Universiti.
Ini kad yang digunakan dalam sistem pengangkutan awam di Seoul, Korea. Kad warna oren untuk perjalanan satu hala dan yang colourful sikit kad T-money yang boleh digunakan untuk semua perjalanan. Lebih kurang kad Touch n Go di Malaysia. Tapi lebih ramai yang menggunakan kad T-money. Naik pengangkutan awam di sini mula-mula ja nampak keliru tapi bila dah faham rasa memudahkan sangat.
Jalan-jalan di Seoul naik subway(keretapi bawah tanah) dan bas lebih jimat, mudah dan efisyen. Hanya beli kad T-money, tambah nilai untuk ke sesuatu destinasi (mesin tambah nilai ada di setiap station subway) dan boleh digunakan sampai bila-bila. Banyak dijual di kedai-kedai serbaneka. Kad T-Money boleh digunakan untuk kedua-dua perkhidmatan subway dan bas. 9 line subway yang ada juga mudah dan cepat membawa kita betul-betul ke destinasi yang dituju.
Okey..dah sampai ke destinasi, Hankuk University of Foreign Studies.
Moga berjumpa dalam kisah seterusnya dengan cerita yang lebih detail. P/s, khilaf bila saya buat semua catatan dalam telefon bimbit dan tak sempat tulis dalam buku buat back up. Sampai tanah air, telefon bimbit tak berfungsi dan zupp...semua hilang! Wassalam.
Selasa, 7 Julai 2015
Empat pertemuan
Pertemuan pertama.
Kali pertama jumpa. Di bulan Ramadhan. Muka bersihnya
nampak berseri-seri. Sihat. Ramah menyambut tanya aku itu ini. Seminggu lamanya
aku kat rumah mak cik. Saat yang menyenangkan. Berkenalan juga dengan pak cik
shahidan, kak tie, kak da dan anak-anak, izzat, a.jo, k.ina dan anak-anak.
Memang meriah. Seminggu aku habiskan dengan jalan-jalan sekitar taiping, bantu
mak cik buat kerja-kerja rumah yang anak dara selalu buat, pergi bazar ramadan,
sembang-sembang dengan semua, korek rahsia sana sini. Terkenang. Masa tu kak
tie dan teh pun belum kahwin. Memang banyak masa sama-sama. Ingat lagi masa tu
mak cik dengan pak cik pegang tender catering untuk sebuah sekolah. Dan sediakan
makanan untuk pelajar RMT salah satunya.
Sebab bulan puasa, makanan kena packing. Waktu awal pagi aku, teh dan kak
tie tolong mak cik packing roti dan air
kotak nak di hantar ke sekolah. Mak cik pandai masak, jadi mak cik memang
hati-hati bila nak beli kat pasar ramadan. Aku nak makan ayam goreng, mak cik
cakap tak payah beli nanti kita goreng sendiri. Ayam depa tak elok! Aku
teringin jus tembikai, mak cik cakap beli tembikai kita buat sendiri. Depa buat
letak air gula banyak! Tersenyum. Cukup seminggu aku minta diri nak balik. Tapi
mak cik cakap tinggal lagi, tolong buat kuih raya pula. Sudah rasanya asyik
menyusahkan. Macam nak balik bandar, buah tangan petai mak cik bagi buat buah
tangan. Aku balik dilepaskan dengan peluk cium mak cik dan pesanan “Madhi nanti
datang lagi!” Nanti Madhi kirimkan kad raya.
Pertemuan kedua.
Pertemuan yang singkat. Aku dengan ahli keluarga
singgah terima jemputan makan tengahari kat rumah mak cik. Macam biasa mak cik sambut dengan ramah. Kali ni
berkenalan dengan mak dan abah pula. Keadaan pun sikit berbeza sebab aku rasa
dekat dengan rumah ni, dah rasa macam balik rumah sendiri. Mak cik, teh dan
izzat masak macam-macam. Mak cik dengan badan yang sihat mengarah teh dengan
izzat itu ini. Alhamdulillah. Sedap belaka. Habis makan sebelum teruskan
perjalanan mak cik dan pak cik sembang banyak dengan abah dan mak. Aku sendiri
asyik dok merapu dengan teh. Sampai masa jumpa lagi. Terima kasih daun keladi.
Pertemuan ketiga.
Kalau dipertemuan pertama aku excited tolong kak tie buat hantaran untuk majlis perkahwinan dia, kali ni sekali lagi. Tapi untuk si teman. Teh. Hantaran, berinai, mengemas dan lagi-lagi. Mak cik yang sentiasa sibuk kelang kabut memastikan semuanya baik-baik. Masa aku sampai.. “ha..Madhi dah sampai. Tengokkan teh. Buat la apa-apa yang patut”. Teringat. Tiga hari aku kat sana. Tolong apa-apa yang patut. Lagi, diminta jadi pengapit. Amboi, pengalaman satu hari. Hari perkahwinan, majlis berjalan lancar. Dari bersiapnya, di atas pelamin, ke meja makan pula hingga sampai sesi bergambar aku perhati mak cik dan pak cik sentiasa tersenyum sambut tetamu. Bersyukur barangkali. Malamnya selesai majlis semua pakat duduk bersembang santai. Melepaskan letih. Sambil santai menghabiskan sisa makanan kenduri. Seperti rumah-rumah kenduri yang lain, macam susasana rumah aku sendiri. Tersenyum. Esoknya sekali lagi ucapan ‘jumpa lagi’ diucapkan. Mak cik bagi penuh barang buat buah tangan tak lupa “datang lagi Madhi...ajak mak abah mari”.
Kalau dipertemuan pertama aku excited tolong kak tie buat hantaran untuk majlis perkahwinan dia, kali ni sekali lagi. Tapi untuk si teman. Teh. Hantaran, berinai, mengemas dan lagi-lagi. Mak cik yang sentiasa sibuk kelang kabut memastikan semuanya baik-baik. Masa aku sampai.. “ha..Madhi dah sampai. Tengokkan teh. Buat la apa-apa yang patut”. Teringat. Tiga hari aku kat sana. Tolong apa-apa yang patut. Lagi, diminta jadi pengapit. Amboi, pengalaman satu hari. Hari perkahwinan, majlis berjalan lancar. Dari bersiapnya, di atas pelamin, ke meja makan pula hingga sampai sesi bergambar aku perhati mak cik dan pak cik sentiasa tersenyum sambut tetamu. Bersyukur barangkali. Malamnya selesai majlis semua pakat duduk bersembang santai. Melepaskan letih. Sambil santai menghabiskan sisa makanan kenduri. Seperti rumah-rumah kenduri yang lain, macam susasana rumah aku sendiri. Tersenyum. Esoknya sekali lagi ucapan ‘jumpa lagi’ diucapkan. Mak cik bagi penuh barang buat buah tangan tak lupa “datang lagi Madhi...ajak mak abah mari”.
Pertemuan keempat @ terakhir
Lama sangat tak ke Batu Kurau rasanya. Akhir masa teh kahwin
sampai anak sulung dah nak masuk setahun. Komitmen. Mak cik dengan pak cik
ditemani kak tie akan ke Mekah mengerjakan haji. Seminggu sebelum depa bertolak
aku bertekad mesti p! Imbas, Teh bagitahu mak cik hidap kanser usus. Khabar mak
cik aku dengar dari masa ke semasa melalui Teh ja. Tak dapat jenguk sendiri.
Kali terakhir aku sembang sebelum datang Batu Kurau Teh cakap keadaan mak cik
makin teruk. Dah sampai tahap empat. Kimoterapi, keluar masuk wad. Tapi depa
rahsiakan keadaan tu daripada mak cik, doktor pun diminta cerita yang
baik-baik. Nak mak cik bersemangat.
Aku sendiri sebenarnya bukan seorang yang kuat, sebelum
sampai Batu Kurau aku dok cerita kat Teh “harap aku tak nangis jumpa mak hang
nanti.” Takut sedih tengok keadaan mak cik. Tapi lain yang jadi. Sampai ja
tengok muka mak cik (walau nampak cengkung) yang ramah tanya khabar aku dulu,
terus tersenyum. Tiga hari dua malam kat sana aku pastikan setiap saat aku
gunakan sebaiknya untuk bersembang dengan mak cik. Sempat juga aku masuk bilik
mak cik urut kaki dia sama-sama dengan izzat dan syuk. Sembang macam
adik-beradik. Gaduh gelak. Chek barang-barang yang nak dibawa. Sebelumnya aku
dah sediakan ole-ole untuk semua, untuk mak cik aku hadiahkan seutas gelang. Ingat lagi, mak cik suka
sangat masa tu. Tersenyum lebar dia. “Mahal dak ni Madhi, mu beli kat mana?
Terima kasih. Mak cik suka ni.”(gelang biasa ja). Dialog lain yang buat aku
sedih “Mu doakan mak cik Madhi, bagi dapat buat haji dengan sempurna. Kuat
dekat sana. Tak tahu bila lagi nak pergi”. Ya Madhi doakan. Dan aku juga
sebenarnya ada permintaan, sambil berlawak “Mak cik doakan juga Madhi cepat
jumpa jodoh.” Tergelak. Walau permintaan dalam keadaan berlawak, mak cik ambil
serius. Terus minta aku tulis atas kertas. Subahanallah. Jujur, sebenarnya hati
aku masa tu selalu kata ‘ini pertemuan terakhir’. Tapi aku abaikan.
Hari-hari berikutnya aku dapat berita mak cik, pak cik
dan kak tie selamat buat haji dan selamat balik Malaysia. Teh cerita mak cik
sihat ja masa kat sana. Alhamdulillah.
Diam seketika. Aku rasa semuanya dalam keadaan baik.
Namun hari-hari berikutnya aku dapat berita duka. Mak cik
dah kembali ke pangkuan-Nya. Hari yang aku ingat mak cik dah sembuh kuat macam
biasa. Dan bermakna tak ada lagi pertemuan dengannya. Memang betul kata hati
tempoh hari. Madhi doakan mak cik Zaiton bt Awang Long ditempatkan bersama
orang-orang beriman. Moga Allah cucuri rahmat keatasnya, al-fatihah. Buat semua
ahli keluarga Pak Cik Shahidan, mungkin tiada lagi pertemuan di dunia. Moga
kita jumpa mak cik di sana. Insya Allah.
Langgan:
Catatan (Atom)



