Jumaat, 5 Mei 2017

Melawan Yang Mustahil-Ruhaini Matdarin


Bismillah,

Review buku ITBM, Kumpulan Cerpen.

(Melawan Yang Mustahil)

Ini antara buku ITBM terawal yang saya mula baca. Saya suka membaca waktu lapang. Kadang ada buku berat yang perlu saya habiskan perlahan-lahan untuk faham. Berhenti dan cari waktu yang sesuai untuk khatam. Waktu berhenti tu la selalunya saya akan ambil bacaan santai lain dan juga jadikan peneman di bawa ke mana-mana. Tidak berat, tidak besar dan tidak tebal. Buku koleksi cerita pendek dan novel ITBM antara yang jadi pilihan. Saya pilih buku-buku ITBM juga kerana pengisian di dalamnya bersifat informasi dan memberi manfaat.

Kumpulan cerpen bertajuk ‘Melawan Yang Mustahil’ yang juga 'Pemenang Pertama Cerpen 2013' karya Ruhaini Matdarin mengandungi 10 koleksi cerpen. Karya penulis yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini membuka mata saya untuk memilih dan memiliki lebih banyak kolesksi cerita pendek ITBM terutama karya-karyanya. Penulis juga pernah memenangi beberapa anugerah antaranya tempat kedua 'Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008' kategori novel menerusi buku Jendela dan 'Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011' menerusi buku Waris Pejuang.  Daripada 10 cerita pendek yang termuat saya ambil tiga untuk di buat review.

(Pencari Kotak)

1- Cerpen ini menceritakan watak seorang lelaki tua pencari kotak yang menjumpai wang ketika mencari kotak dan mengalami dilema sama ada menyerahkan wang tersebut kepada pihak berkuasa atau diambil sahaja. Namun, apabila terkenangkan pesanan arwah isterinya “Allah sentiasa menyaksikan segalanya” beliau mengambil keputusan menyerahkan wang tersebut. Masa terus berjalan dan kehidupan susah yang pernah dialami lelaki tua semakin baik serta anak-anak yang sudah bekerja mampu menambung hidup namun lelaki tua tetap dengan kebiasaan masa silamnya. Mencari kotak, kerana beliau berasa puas dengan hasil titik peluh sendiri dan kerana di situ mengingatkan beliau kepada arwah isterinya. Maruah dengan bisikan syaitan waktu diduga memang susah nak dibeza. Benteng agama memainkan peranan penting untuk seseorang membuat keputusan. Dalam cerpen ni Pn. Ruhaini Matdarin memilih agama dan maruah, meninggalkan kesan baik dan pengajaran kepada pembaca.

(Mantan Jaguh Pecut dan Tukang Kasut)

2- Cerpen kedua saya memilih cerita berlatar belakangkan sukan atau larian. Kesempitan hidup membuat dua watak utama saling membantu. Seorang menunjukkan jalan dan sokongan dan seorang lagi berusaha menjadikan cita-cita suatu kenyataan. Mantan jaguh pecut kembali bersemangat menyertai larian setelah di dorong tukang kasut. Mantan jaguh pecut bukan sekadar memburu impian tetapi melihat impian sebagai satu peluang. Peluang memperbaiki taraf hidup keluarganya yang dihimpit susah. Peluang yang datang digunakan sebaiknya. Mantan pelari pecut berusaha dan berjaya di pusingan kelayakan. Berjaya membawa kebahagian kepada keluarganya. Mantan pelari pecut berjaya menggunakan sekali 'peluang' untuk mengubah peluang depan yang berkali-kali. Matlamat untuk menggembirakan orang menjadikan diri kita manusia yang tamak. Tamak yang berguna. Penulis sampaikan kepada pembaca bahawa kesempitan hidup buat seseorang menjadi kuat dan berani melawan kesukaran.

(Melawan Yang Tak Mustahil)

3- Melawan yang tak mustahil mengisahkan pertemuan tidak sengaja seorang wanita melayu dan seorang jejaka siam di dalam pesawat. Ada kesefahaman pada pertemuan pertama yang mengikat kedua-duanya untuk lebih saling mengenali. Namun atas perbezaan bangsa dan agama ia menerbitkan keraguan pada hubungan yang bakal dicipta. Tapi tiada apa yang mustahil bila berani mencuba. Mencuba memberi peluang walau negara berlainan, walau bangsa tidak sama dan walau agama berbeza. Persiapan rapi bersedia lapang dada memahami dan menghormati adat turut memberi harapan. Penulis mengakhiri cerita ini dengan menggantungkan penutup dengan berserah kepada masa.     

Lebih kepada review seorang pembaca saya kira. Saya suka semua cerita pendek dalam ‘Melawan Yang Mustahil’ karya Pn. Ruhaini. Kisah kehidupan di sekeliling kita diolah menjadi cerita di mana awalnya kita nampak perkara tu macam biasa realitinya yang mengalami kadang lebih menghargai dan memahami erti kehidupan. Mengupas tentang harta, kuasa, kemajuan, bangsa dan agama. Membaca setiap cerita, di akhirnya mesti buat saya terdiam berfikir, insaf dan sedar. Alhamdulillah saya dapat manfaat dari pembacaan ni. Tujuan Puan menyampaikan pengajaran melalui tulisan buat saya terkesan dan saya rasa pembaca yang lain juga.

05052017@Kajang

Jumaat, 2 Disember 2016

ILHAM UNTUK PELUPA

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum.

Apa yang pelupanya?

"Dan jangan sekali-kali kamu menyatakan terhadap sesuatu: "sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi!

Kecuali (dengan menyebut): 'insyaAllah'. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: 'mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk yang lebih baik dekat kepada kebenaranNya daripada ini'."                     

                                                                                        (Al-Kahf :23&24)

Saya la pelupa tu!

Penyakit lupa ni makin menjadi bila makin dewasa. Eh..saya tak makan kepala ikan k! Saya kena remain tulis dalam buku atau smartphone apa yang kena buat. Kalau handphone, walet tertinggal mana-mana tu macam dah biasa. Baru-baru ni sampai satu tahap saya terlupa satu benda yang sangat penting dan saya kena terima akibatnya. Ermm..ini tak yah cerita la ya. Haha.

Alhamdulillah, pagi ni sempat baca surah Kahf, sampai terjemahan ayat 23 dan 24 rasa macam lain ja, macam dapat jawapan daripada Allah. Ulang dan ulang. Betul la cakap alim ulama, bila rasa runsing buka Al-Quran, kita akan temui jawapan. Subahanallah. InsyaAllah mulai sekarang boleh amalkan doa dalam ayat 24 surah Kahf ni. Ayat ini sebenarnya nak mengingatkan kita betapa pentingnya ucapan 'insyaAllah', betapa pentingnya kebergantungan kita hampa kepada Pencipta sebelum melakukan sesuatu perkara. 

Minggu lepas berhenti tunggu lampu nak hijau dekat salah satu lampu isyarat di jitra. Sambil dengar radio dan tengah hayati, terkejut tiba-tiba ada seorang pak cik beruniform rela berhenti sebelah kereta. Tangan tunjuk -tunjuk saya sambil cakap sesuatu. Saya yang tak faham terus turunkan cermin kereta dan tanya, "ya cik ada apa-apa ka dekat kereta saya?" ... "Tak da..tu tali pinggang lupa nak pakai ka." ... Muka malu, sambil pakai perasan orang keliling tengah tengok. "Owh..okey2.." ... "Jangan marah pak cik ya, nak peringat ja. Sekarang kalau kena saman mahal tu" ... "Eh..dak, terima kasih pak cik ingatkan". Sampai hari ni ingat muka pak cik rela yang manis berhelmet merah gigi atas dua batang tak ada. Hehe.

Yang ni tak lupa sebenarnya, tapi habit 'sengaja'. Saya rasa pak cik tak betul-betul risaukan saya, sebab kalau betul-betul dia risau mest dia pesan dekat saya "Jangan marah pak cik ya, nak peringat ja. Bahaya kalau jadi apa-apa tu."..huhu    

Ilham-ilham dari Allah ni kadang mungkin tak sampai waktu kita bermimpi atau turun dekat diri sendiri tapi boleh jadi melalui orang-orang keliling.

**Menurut riwayat, beberapa orang Quraisy bertanya Nabi Muhammad saw tentang roh, kisah ashabul-Kahfi dan Zulqarnain, lalu baginda menjawab "Datanglah esok pagi agar aku ceritakan." Dan baginda tidak ucapkan insyaAllah (jika Allah mengkehendaki). Ternyata keesokannya wahyu tentang hal tersebut tidak datang. Sehingga nabi saw tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut. Maka turunlah ayat 23-24 di atas sebagai pelajaran kepada Nabi Muhammad saw apabila lupa mengucapkan insyaAllah.

Alhamdulillah, ada juga buah tangan tahun 2016.
**Penjelasan ayat. 
       

Jumaat, 29 Julai 2016

Korea 1 - Kisah T-Money


Bismillah.

Berkongsi pengalaman saya ke Korea Selatan. Lebih kurang 'throwback' selepas enam bulan lalu berkesempatan ke sana. Menetap seminggu tak melepaskan saya mengenali budaya, kehidupan masyarakat orang Korea. Bukan sekadar perkongsian sebenarnya, saya sendiri nak tinggalkan catatan untuk dibaca di kemudian hari. Saya lepaskan satu-satu yang terlintas dulu insya Allah. Moga pengalaman saya ke Korea yang masih tersisa dalam ingatan dapat diterjemah ke bentuk penulisan.

Kisah T-Money ni cerita pasal pengalaman kali pertama saya menggunakan pengangkutan awam Korea. Sempat naik bas dan subway. Perjalanan kali ni nak ke Hankuk Universiti.


Ini kad yang digunakan dalam sistem pengangkutan awam di Seoul, Korea. Kad warna oren untuk perjalanan satu hala dan yang colourful sikit kad T-money yang boleh digunakan untuk semua perjalanan. Lebih kurang kad Touch n Go di Malaysia. Tapi lebih ramai yang menggunakan kad T-money. Naik pengangkutan awam di sini mula-mula ja nampak keliru tapi bila dah faham rasa memudahkan sangat.

Jalan-jalan di Seoul naik subway(keretapi bawah tanah) dan bas lebih jimat, mudah dan efisyen. Hanya beli kad T-money, tambah nilai untuk ke sesuatu destinasi (mesin tambah nilai ada di setiap station subway) dan boleh digunakan sampai bila-bila. Banyak dijual di kedai-kedai serbaneka. Kad T-Money boleh digunakan untuk kedua-dua perkhidmatan subway dan bas. 9 line subway yang ada juga mudah dan cepat membawa kita betul-betul ke destinasi yang dituju.
Okey..dah sampai ke destinasi, Hankuk University of Foreign Studies. 



Moga berjumpa dalam kisah seterusnya dengan cerita yang lebih detail. P/s, khilaf bila saya buat semua catatan dalam telefon bimbit dan tak sempat tulis dalam buku buat back up. Sampai tanah air, telefon bimbit tak berfungsi dan zupp...semua hilang! Wassalam.

Selasa, 7 Julai 2015

Empat pertemuan

Pertemuan pertama.
Kali pertama jumpa. Di bulan Ramadhan. Muka bersihnya nampak berseri-seri. Sihat. Ramah menyambut tanya aku itu ini. Seminggu lamanya aku kat rumah mak cik. Saat yang menyenangkan. Berkenalan juga dengan pak cik shahidan, kak tie, kak da dan anak-anak, izzat, a.jo, k.ina dan anak-anak. Memang meriah. Seminggu aku habiskan dengan jalan-jalan sekitar taiping, bantu mak cik buat kerja-kerja rumah yang anak dara selalu buat, pergi bazar ramadan, sembang-sembang dengan semua, korek rahsia sana sini. Terkenang. Masa tu kak tie dan teh pun belum kahwin. Memang banyak masa sama-sama. Ingat lagi masa tu mak cik dengan pak cik pegang tender catering untuk sebuah sekolah. Dan sediakan makanan untuk  pelajar RMT salah satunya. Sebab bulan puasa, makanan kena packing. Waktu awal pagi aku, teh dan kak tie  tolong mak cik packing roti dan air kotak nak di hantar ke sekolah. Mak cik pandai masak, jadi mak cik memang hati-hati bila nak beli kat pasar ramadan. Aku nak makan ayam goreng, mak cik cakap tak payah beli nanti kita goreng sendiri. Ayam depa tak elok! Aku teringin jus tembikai, mak cik cakap beli tembikai kita buat sendiri. Depa buat letak air gula banyak! Tersenyum. Cukup seminggu aku minta diri nak balik. Tapi mak cik cakap tinggal lagi, tolong buat kuih raya pula. Sudah rasanya asyik menyusahkan. Macam nak balik bandar, buah tangan petai mak cik bagi buat buah tangan. Aku balik dilepaskan dengan peluk cium mak cik dan pesanan “Madhi nanti datang lagi!” Nanti Madhi kirimkan kad raya.


Pertemuan kedua.
Pertemuan yang singkat. Aku dengan ahli keluarga singgah terima jemputan makan tengahari kat rumah mak cik. Macam biasa mak cik sambut dengan ramah. Kali ni berkenalan dengan mak dan abah pula. Keadaan pun sikit berbeza sebab aku rasa dekat dengan rumah ni, dah rasa macam balik rumah sendiri. Mak cik, teh dan izzat masak macam-macam. Mak cik dengan badan yang sihat mengarah teh dengan izzat itu ini. Alhamdulillah. Sedap belaka. Habis makan sebelum teruskan perjalanan mak cik dan pak cik sembang banyak dengan abah dan mak. Aku sendiri asyik dok merapu dengan teh. Sampai masa jumpa lagi. Terima kasih daun keladi.


Pertemuan ketiga.
Kalau dipertemuan pertama aku excited tolong kak tie buat hantaran untuk majlis perkahwinan dia, kali ni sekali lagi. Tapi untuk si teman. Teh. Hantaran, berinai, mengemas dan lagi-lagi. Mak cik yang sentiasa sibuk kelang kabut memastikan semuanya baik-baik. Masa aku sampai.. “ha..Madhi dah sampai. Tengokkan teh. Buat la apa-apa yang patut”. Teringat. Tiga hari aku kat sana. Tolong apa-apa yang patut. Lagi, diminta jadi pengapit. Amboi, pengalaman satu hari. Hari perkahwinan, majlis berjalan lancar. Dari bersiapnya, di atas pelamin, ke meja makan pula hingga sampai sesi bergambar aku perhati mak cik dan pak cik sentiasa tersenyum sambut tetamu. Bersyukur barangkali. Malamnya selesai majlis semua pakat duduk bersembang santai. Melepaskan letih. Sambil santai menghabiskan sisa makanan kenduri. Seperti rumah-rumah kenduri yang lain, macam susasana rumah aku sendiri. Tersenyum. Esoknya sekali lagi ucapan ‘jumpa lagi’ diucapkan. Mak cik bagi penuh barang buat buah tangan tak lupa “datang lagi Madhi...ajak mak abah mari”.


Pertemuan keempat @ terakhir
Lama sangat tak ke Batu Kurau rasanya. Akhir masa teh kahwin sampai anak sulung dah nak masuk setahun. Komitmen. Mak cik dengan pak cik ditemani kak tie akan ke Mekah mengerjakan haji. Seminggu sebelum depa bertolak aku bertekad mesti p! Imbas, Teh bagitahu mak cik hidap kanser usus. Khabar mak cik aku dengar dari masa ke semasa melalui Teh ja. Tak dapat jenguk sendiri. Kali terakhir aku sembang sebelum datang Batu Kurau Teh cakap keadaan mak cik makin teruk. Dah sampai tahap empat. Kimoterapi, keluar masuk wad. Tapi depa rahsiakan keadaan tu daripada mak cik, doktor pun diminta cerita yang baik-baik. Nak mak cik bersemangat.

Aku sendiri sebenarnya bukan seorang yang kuat, sebelum sampai Batu Kurau aku dok cerita kat Teh “harap aku tak nangis jumpa mak hang nanti.” Takut sedih tengok keadaan mak cik. Tapi lain yang jadi. Sampai ja tengok muka mak cik (walau nampak cengkung) yang ramah tanya khabar aku dulu, terus tersenyum. Tiga hari dua malam kat sana aku pastikan setiap saat aku gunakan sebaiknya untuk bersembang dengan mak cik. Sempat juga aku masuk bilik mak cik urut kaki dia sama-sama dengan izzat dan syuk. Sembang macam adik-beradik. Gaduh gelak. Chek barang-barang yang nak dibawa. Sebelumnya aku dah sediakan ole-ole untuk semua, untuk mak cik aku hadiahkan seutas gelang. Ingat lagi, mak cik suka sangat masa tu. Tersenyum lebar dia. “Mahal dak ni Madhi, mu beli kat mana? Terima kasih. Mak cik suka ni.”(gelang biasa ja). Dialog lain yang buat aku sedih “Mu doakan mak cik Madhi, bagi dapat buat haji dengan sempurna. Kuat dekat sana. Tak tahu bila lagi nak pergi”. Ya Madhi doakan. Dan aku juga sebenarnya ada permintaan, sambil berlawak “Mak cik doakan juga Madhi cepat jumpa jodoh.” Tergelak. Walau permintaan dalam keadaan berlawak, mak cik ambil serius. Terus minta aku tulis atas kertas. Subahanallah. Jujur, sebenarnya hati aku masa tu selalu kata ‘ini pertemuan terakhir’. Tapi aku abaikan.

Hari-hari berikutnya aku dapat berita mak cik, pak cik dan kak tie selamat buat haji dan selamat balik Malaysia. Teh cerita mak cik sihat ja masa kat sana. Alhamdulillah.

Diam seketika. Aku rasa semuanya dalam keadaan baik.

Namun hari-hari berikutnya aku dapat berita duka. Mak cik dah kembali ke pangkuan-Nya. Hari yang aku ingat mak cik dah sembuh kuat macam biasa. Dan bermakna tak ada lagi pertemuan dengannya. Memang betul kata hati tempoh hari. Madhi doakan mak cik Zaiton bt Awang Long ditempatkan bersama orang-orang beriman. Moga Allah cucuri rahmat keatasnya, al-fatihah. Buat semua ahli keluarga Pak Cik Shahidan, mungkin tiada lagi pertemuan di dunia. Moga kita jumpa mak cik di sana. Insya Allah.

#alhamdulillahperbanyakanibadah. Bulan Ramadhan ni satu persatu memori lama timbul. Nak berkongsi. Moga dapat menghiburkan yang membaca (Pak cik Shahidan, A. Jo, Teh, Kak Da, Kak Tie, Syuk, Izzat). 19Ramadhan1436.


Jumaat, 3 Julai 2015

Hebat

peluang untuk menjadi hebat depan sesama manusia mungkin tak semua ada, tapi peluang nak jadi hebat depan-Nya sama rata! Pilih? 

Jumaat, 19 Jun 2015

@smkap

Bimillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum yang sedang baca.

Ramadan..sinonim dengan bulan yang dilimpahi pahala 'tadarus Al-Quran' adalah salah satu daripadanya. Dan yang ini saya nak kongsikan bersama. Masa lalu tak akan kembali, tapi boleh diperbaiki. Yes!

Tapi saya rindu masa dulu tu. Ramadan 2005. Saya sebelum melangkah ke menara gading pernah menjadi pelajar sek.men di kangar.  Kat sini (dan saya percaya sekolah-sekolah lain juga) tadarus al-Quran memang aktiviti wajib. Kadang buat dengan adik-adik kelas bawah, kadang sesama rakan kelas ja. Kelas saya tak ramai dalam 10 orang. Agak malu sebenarnya nak cerita. Dekat kawan-kawan pun saya tak pernah ungkit. Apatah orang lain. Tapi setiap kali bulan ramadan lepas keluar sekolah, ini la yang selalu saya teringat dan terkilan dibuatnya. Iya..Salah saya!  

Ceritanya,
Suatu hari ustazah minta semua pelajar bertadarus ikut kelas..dan kami yang paling tua bertadarus sesama kami. Kerusi diatur, bulatan dibuat dan seorang demi seorang mula membaca. Sampai giliran saya semuanya bermula.. Tersalah baca dan membuat kawan-kawan lain tertewa. Lama juga nafsu ketawa tu nak berhenti. Allah Maha Mengatur. Masa tu juga tanpa pengetahuan kami ada seorang ustazah dalam perjalanan ke kelas. Tiba-tiba ja ustazah dah berdiri depan pintu kelas dan kami masih tengah 'gelak' dengan adegan lucu 'salah' saya. Subahanallah. Lepas tu kena marah tak payah cerita....

Maafkan saya(jat) kawan-kawan. Huh..budak besar buat perangai budak. Depan Al-Quran, tengah membacanya, tak hormat pula. Kalau masa depan boleh diundur, tak kan ada kesilapan yang boleh dibuat pengajaran kan? 'Sedapkan hati'. Moga suatu hari dapat berkumpul sekali dan bertadarus dengan kawan-kawan. Dan kali tu nak bersungguh baca dan menghayati setiap bait-bait ayat-ayat, kalimah kitab suci Al-Quran Kareem. Menghayati saat manis berkumpul mengingat Ilahi. insya Allah.

Itu cerita saya. Moga permulaan keterujaan kita menyambut ramadan kekal hingga ke penghujungnya. Dalam apa juga keadaan baik ketika bertadarus, tarawih, kualiti puasa itu sendiri, penghijrahan diri, qiamullai dan lain2. Lebih kurang ramadan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Amin.

 (Tengah tersenyum untuk semua).

2015

"Pada hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang) menjadi putih berseri dan ada muka (orang) menjadi hitan legam. Adapun orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditempelak dengan pertanyaan), 'Patutkah kamu menjadi kufur sesudah beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu.'
Adapun orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (syurga), mereka kekal di dalamnya." (Ali 'Imran 3: 106-107)

Subahanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar.

Bismillahirrahmanirrahim

Kalau diumpamakan blog saya ni seperti sebuah rumah, rasanya dah bergulung sawang perlu dibuang. Allah. Lama terbiar tanpa pantauan. He. Saja pilih tajuk 2015, sebab tak tau sama ada ini post pertama atau akan ada lagi dalam 2015. MALAS! Betul la..mungkin 'kerana' ada fb, whatsap, istagram & ln2 laman sosial yang lebih mudah dan cepat nak kongsi sesuatu membuatkan seseorang rasa dah tak perlu blog! Iya ka? Agaknya..hehe..sebab tengok kawan-kawan lain pun ramai yang jarang update blog masing-masing. Apa-apa ja..  

Tertarik untuk berkongsi dua potong ayat al-Quran dalam surah ali Imran seperti di atas. Warna yang mana menjadi pilihan kita? Mahu yang hitam atau berseri itu. Dah tentu dan pasti semua nak menjadi golongan yang dilimpahi rahmat Allah. Kan! Jom berusaha untuk mendapatkannya. Ramadan Karim.